Terkejut Doktor Che Hafiz Bila Bekas Isteri, Pelakon Lufya Omar Tuntut RM1Juta. Ini Kata Kata Doktor Che Hafiz Tentang Itu

Terkejut Doktor Che Hafiz Bila Bekas Isteri, Pelakon Lufya Omar Tuntut RM1Juta. Ini Kata Kata Doktor Che Hafiz Tentang Itu

KEMELUT di antara Lufya Omar dan Dr Che Hafiz memasuki episod baharu apabila pelakon dan penyanyi itu memfailkan tuntutan mutaah berjumlah RM1 juta terhadap bekas suaminya itu pada Khamis.

Terkejut Doktor Che Hafiz Bila Bekas Isteri, Pelakon Lufya Omar Tuntut RM1Juta. Ini Kata Kata Doktor Che Hafiz Tentang Itu



Dr Che Hafiz atau Che Muhammad Gafiz Che Baharum berkata, dia terkejut apabila menerima notis tuntutan berkenaan walaupun mereka sudah bercerai tiga tahun lalu.

ARTIKEL MENARIK:Selepas Seminggu Diceraikan, Bekas Isteri Hafidz Roshdi Masuk H0spital. Adik Shuhada Beritahu Keadaan Terkini Kakaknya


“Saya nak minta maaf, perkara ini peribadi dan saya tidak mahu beri apa-apa kenyataan buat masa sekarang sebab menghormati isteri saya.

“Memang saya terkejut, apa-apa pun kita doakan yang terbaik. Semoga urusan semua pihak dipermudahkan,” katanya kepada mStar.

f387624df552cea2f369918c5e1e12bc-1.jpg

Lufya dan Dr Che Hafiz sebelum itu hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi membuat penyerahan dokumen berkenaan tuntutan tersebut.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili Dr Che Hafiz iaitu Abdul Hadi Mohamad Salleh memberitahu anak guamnya menerima notis tuntutan berkenaan pada Oktober tahun lalu.



Loading...


Kata Abdul Hadi, Lufya dan Dr Che Hafiz sudah menjalani proses sulh sebelum ini namun kedua-dua mereka gagal mencapai kata sepakat berhubung tuntutan berkenaan.

WhatsApp Image 2023-03-02 at 11.15.30 AM

Lufya hadir ke mahkamah ditemani peguam.

“Mutaah adalah sagu hati daripada bekas suami kepada bekas isteri selepas bercerai. Jadi Lufya ada membuat tuntutan berkenaan pada Oktober 2022 dan hari ini adalah bagi pengurusan kes selepas kedua-dua mereka gagal mencapai kata sepakat menerusi proses sulh.

“Setakat ini semua masih dalam proses perbincangan dan mahkamah yang akan menentukan mengikut syarat-syarat tertentu,” ujarnya.

Sementara itu, Lufya atau Lutfyah Sheikh Omar, 38, yang turut hadir ditemani peguam kelihatan sugul dan mengelak daripada ditemu bual media.

Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

Selepas tiga tahun bergelar duda, Dr Che Hafiz berkahwin dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022.

VIDEO:

Sumber : MSTAR ONLINE


Kredit -two.e-kesah




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post