Kes tumbuk isteri, mak mentua Puteri Sarah bengang! – “Ramai rupanya lelaki dayus”

Kes tumbuk isteri, mak mentua Puteri Sarah bengang! – “Ramai rupanya lelaki dayus”

Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila pelakon Hafidz Roshdi dikatakan telah menumbuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di bahagian mata sehingga menyebabkan kecederaan telah mencetuskan kemarahan netizen.

Kes tumbuk isteri, mak mentua Puteri Sarah bengang! – “Ramai rupanya lelaki dayus”



Apa yang lebih menjengkelkan ramai, selepas Hafidz mencederakan insan yang melahirkan dua orang anaknya itu, dia bertindak memuat naik sebuah video berpelukan bersama zuriatnya di laman Instagramnya telah mengundang reaksi netizen yang menontonnya.

ARTIKEL MENARIK:Terkejut Doktor Che Hafiz Bila Bekas Isteri, Pelakon Lufya Omar Tuntut RM1Juta. Ini Kata Kata Doktor Che Hafiz Tentang Itu


Termasuklah, ibu mentua pelakon Puteri Sarah Liyana iaitu Datin Patimah Ismail yang memberi komen pedas di sebuah portal mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan.

“Ramai rupanya lelaki dayus!” Komennya ringkas.

Terdahulu,terdapat khabar angin yang mengatakan seorang pelakon lelaki bertindak memukul isterinya beberapa kali dan pergelutan dipercayai berpunca mangsa menjawab panggilan telefon semasa perbincangan antara mereka.



Loading...


Namun begitu, ahli keluarga Nurul Shuhada telah mengesahkan darah daging mereka telah menjadi mangsa pukul oleh Hafidz Roshdi yang dipercayai berlaku berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) di sekitar Sungai Buloh, Selangor.

Susulan itu, mereka sudah membuat laporan polis di balai polis Sungai Buloh dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber: Instagram @mstaronlineofficial


Kredit -Oh My Media




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post