Syamsul Ghau Ghau Ditegur Netizen Kerana Tinggalkan Komen Pada Posting Hafidz Roshdi

Syamsul Ghau Ghau Ditegur Netizen Kerana Tinggalkan Komen Pada Posting Hafidz Roshdi

KETIKA namanya teruk dikritik ekoran dakwaan menumbuk wajah isterinya, pelakon Hafidz Roshdi dilihat masih kelihatan tenang dengan memuat naik sebuah video bersama dua orang anaknya iaitu Humairah dan Umar di Instagram.

Syamsul Ghau Ghau Ditegur Netizen Kerana Tinggalkan Komen Pada Posting Hafidz Roshdi



Hafidz, 29, menerusi kapsyen video tersebut berkata, dia tidak kisah dengan kata-kata dilemparkan masyarakat terhadap dirinya kerana menganggap orang luar tidak tahu bagaimana dia sayang kepada anak-anaknya.

ARTIKEL MENARIK:Terima 10 jahitan, Shuhada tak sangka Hafidz ‘hadiahkan’ penumbuk pada hari lahir


Tambah Hafidz, walau apa pun terjadi, tanggungjawab sebagai seorang bapa tetap diutamakan.

“Kata la apa pun. Orang bukan tahu macam mana Abah sayang anak-anak.

“Tanggungjawab dekat anak-anak tetap nombor satu,” katanya.


Pelakon drama Tundukkan Playboy Itu bagaimanapun meletakkan had untuk meninggalkan komen pada hantaran tersebut dipercayai bagi mengelak netizen menyerangnya.

Shamsul Ghau Ghau Ditegur

Dulu pelawak pernah jadi 'superstar' - Shamsul Ghau Ghau - Kosmo Digital

Shamsul Ghau Ghau atau lebih dikenali sebagai Pak Su ditegur netizen kerana telah meninggalkan komen pada posting Hafidz Roshdi



Loading...


Komen tersebut telah dipadam Shamsul selepas beberapa orang netizen menegur beliau supaya lebih berhati hati dengan komen kerana isu Hafidz Roshdi dikatakan telah mencederakan isteri sendiri.


Pada Khamis, kecoh di media sosial apabila isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, memuat naik foto menunjukkan kecederaan dialami pada bahagian kiri wajahnya sehingga terpaksa mendapat rawatan di hospital.

Ahli keluarga yang enggan dikenali turut mengesahkan Shuhada menjadi mangsa keganasan Hafidz yang didakwa menumbuknya sebanyak tiga kali dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi Khamis.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada melangsungkan perkahwinan pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2 tahun.

Bagaimanapun pelakon itu dilaporkan melafazkan cerai terhadap Shuhada menerusi panggilan telefon pada 22 Februari lalu.

Shuhada kemudiannya dilihat hadir ke mahkamah syariah pada 28 Februari lalu bagi memfailkan pengesahan lafaz cerai dibuat Hafidz.


Kredit -two.e-kesah




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post