Banjir: Operasi Balai Polis Panchor ditutup sementara

Banjir: Operasi Balai Polis Panchor ditutup sementara

MUAR – Operasi di Balai Polis Panchor di sini terpaksa dihentikan sementara susulan terjejas banjir dengan paras bacaan air melebihi dua meter.

Banjir: Operasi Balai Polis Panchor ditutup sementara



Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, balai berkenaan diarahkan tutup kira-kira pada pukul 9 pagi selepas limpahan air semakin tinggi.

ARTIKEL MENARIK:Seri Medan antara kawasan teruk terjejas banjir di Batu Pahat


Justeru katanya, sebarang urusan oleh penduduk kampung diminta untuk berhubung terus ke balai berhampiran.

“Laluan di kawasan sekitar balai juga ditutup kerana paras air semakin tinggi iaitu Jalan Muar – Labis, Kampung Jawa. Selain itu, turut ditutup adalah Jalan Muar – Labis, Jambatan Sungai Tui; Jalan Tekam Pagoh, Kebun Kelapa Sawit dan Jalan Durian Chondong, Jambatan Sungai Muar.



Loading...


“Jalan Renchong – Gombang, Sungai Menchil; Jalan Kampung Liang Batu, Masjid Kampung Liang Batu dan Jalan Muar – Labis berhampiran pasaraya Speedmart Lenga juga kini ditutup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, setakat petang ini, sebanyak 19 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi seluruh Daerah Muar membabitkan seramai 3,278 orang daripada 952 keluarga.- KOSMO! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post