Polis Terima Dua Laporan Berhubung Ugutan Diterima Pelakon Dan Kru Mentega Terbang

Polis Terima Dua Laporan Berhubung Ugutan Diterima Pelakon Dan Kru Mentega Terbang

Pihak polis mengesahkan terdapat dua laporan kes ugutan diterima berkaitan filem kontroversi, Mentega Terbang.

Polis Terima Dua Laporan Berhubung Ugutan Diterima Pelakon Dan Kru Mentega Terbang



Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Hussein Omar Khan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, dua laporan itu berlaku di lokasi dan masa berbeza.

ARTIKEL MENARIK:Hidup tersepit, beli baju sekolah bayar tiga kali


“Kes yang pertama dilaporkan berlaku pada jam 3.15 pagi semalam (Khamis) di Kajang.

“Pengadu mendakwa telah menerima ugutan menerusi panggilan telefon yang disasarkan kepada dirinya dan ahli keluarga,” ujarnya.


HUSSEIN OMAR KHAN

Beliau menambah, kes serupa turut berlaku di Ampang pada jam 6.30 pagi, hari yang sama.

“Kejadian kedua berlaku di tempat letak kereta terbuka di Taman Dagang Jaya sekitar pukul 6.30 pagi semalam.

“Pengadu melaporkan keretanya telah dilempar cat selain nota berunsur kecaman ditinggalkan pada kenderaannya,” katanya.



Loading...


Hussein berkata, pihak polis memandang serius perkara itu.

“Kami akan menangkap suspek dan bawa kes ini ke muka pengadilan untuk diambil tindakan.

“Kami ingin mengingatkan semua pihak supaya tidak mengambil sebarang tindakan yang bertentangan dengan undang-undang.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mu’az Mazlan di talian 017-978 8804 di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan Inspektor Alif di talian 018-983 4211 di IPD Ampang atau balai polis berhampiran, ” katanya. – BOOM!


Kredit -Boom! Malaysia.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post