Peguam Sahkan Hafidz Roshdi Sudah Mulakan Rawatan Psikiatri Di Hospital Bahagia Tampoi

Peguam Sahkan Hafidz Roshdi Sudah Mulakan Rawatan Psikiatri Di Hospital Bahagia Tampoi

Pelakon, Hafidz Roshdi, 29, sudah tiba di Hospital Bahagia Johor Bahru semalam bagi menjalani rawatan psikiatri seperti diperintahkan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada 13 Mac lalu.

Peguam Sahkan Hafidz Roshdi Sudah Mulakan Rawatan Psikiatri Di Hospital Bahagia Tampoi



Peguam Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader dihubungi berkata pelakon itu sudah pun ke hospital berkenaan untuk menjalani rawatan, namun belum ada keputusan dikeluarkan.

ARTIKEL MENARIK:“Ya, Kami Dah Cerai” – Shuk Akui Lafaz Talak Satu Terhadap Sera Sehari Sebelum Ramadan




“Hafidz sudah ke Hospital Bahagia semalam bagi menjalani rawatan psikiatri itu, namun keputusan belum dikeluarkan oleh doktor kerana ada beberapa prosedur rawatan yang perlu diikutinya lagi.


Loading...


“Bila keputusan pemeriksaan akan dikeluarkan bergantung kepada doktor. Cuma dipihak Hafidz, dia sudah mengikuti pemeriksaan itu sebagaimana yang diperintahkan mahkamah sebelum ini,” katanya.

Ditanya juga sama ada Hafidz boleh bertemu anak-anaknya dalam tempoh rawatan, Akberdin berkata anak guamnya itu tetap boleh berjumpa cahaya matanya dan tiada halangan untuk berbuat demikian.

Terdahulu, perintah agar Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri dikeluarkan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukridi susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, jam 3.30 pagi pada 2 Mac lalu.

 Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nurul Shuhada, 29, dengan cara menumbuk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2. – BOOM!

Sumber: HARIAN METRO


Kredit -Boom! Malaysia.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post