Afiq Muiz Dakwa Diduakan – “Isteri Kalau Baik Tak Apa Juga, Ni Perangai Macam Iblis!”

Afiq Muiz Dakwa Diduakan – “Isteri Kalau Baik Tak Apa Juga, Ni Perangai Macam Iblis!”

Pelakon Afiq Muiz nampaknya tidak mendiamkan diri selepas isterinya Pachara Apin mengeluarkan kenyataan di mahkamah semalam (Rabu).

Afiq Muiz Dakwa Diduakan – “Isteri Kalau Baik Tak Apa Juga, Ni Perangai Macam Iblis!”



Isteri Afiq mendakwa dia bertindak memfailkan tuntutan cerai secara fasakh ke atas suaminya selepas digantung tak bertali selama dua tahun.

ARTIKEL MENARIK:Peguam Sahkan Hafidz Roshdi Sudah Mulakan Rawatan Psikiatri Di Hospital Bahagia Tampoi




 

Dakwanya lagi, Afiq juga seorang kaki pukul dan pernah mencederakan dirinya.

Mungkin kerana terlalu kecewa dengan tuduhan dilemparkan, Afiq dilihat telah membalas beberapa komen netizen di laman sosial Instagram (IG) berkaitan kemelut rumah tangganya itu.

Afiq mendakwa isterinya Pachara Apin bukanlah wanita yang baik dan seorang isteri curang.


Loading...




“Isteri kalau baik takpe. Ini macam iblis balik tiga pagi, mabuk, bau arak, makan babi dan keluar dengan jantan (lelaki lain). Fitnah aku pula dayus,” tulisnya.

Mengulas kecaman dibuat pengguna IG berhubung dakwaan mengasari isterinya seperti dikongsi Pachara di Facebook dan aplikasi TikTok tahun lalu, pelakon berusia 31 tahun ini tetap menyatakan segala tuduhan sebagai fitnah.


“Kepala …. kau pukul. Dia yang macam …. keluar dengan lelaki lain. Balik rumah mabuk.

“Beria, kau terpaling tahu. Dia yang buat cerita kau yang percaya. Lepas itu apa masalahnya dengan aku,” kata Afiq.

Tambah Afiq, dia terlalu kecewa dengan perbuatan Pachara dan mengambil keputusan untuk tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan wanita tersebut. – BOOM!


Kredit -Boom! Malaysia.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post