Karipap bazar dulu 5 biji RM3, kini 3 biji RM5

Karipap bazar dulu 5 biji RM3, kini 3 biji RM5

PETALING JAYA – Harga karipap tidak masuk akal di bazar Ramadan Seksyen 7 Bangi mendatangkan kemarahan dan ketidakpuasan hati orang ramai.

Karipap bazar dulu 5 biji RM3, kini 3 biji RM5



Karipap kurus, kurang inti dan mahal ini, dijual dengan harga yang tidak berpatutan mengundang rasa kecewa orang ramai kerana sering tertipu dengan helah peniaga.

ARTIKEL MENARIK:Tiga beradik dipercayai didera, dua dirantai di kaki


Menurut Fadhullah Zamir, dia pergi membeli kuih-muih seperti karipap untuk dijadikan juadah berbuka puasa nanti, tetapi dia berasa terkejut apabila mendengar harga RM5 untuk tiga biji karipap.

“Dah dapat karipap tapi masih dalam keadaan terkejut. Tiga biji RM5. Saya ingat saya salah dengar bila kakak tu bagitahu.

“Dua kali juga dia cakap, tapi dah pegang plastik, saya bayar sajalah,” luahnya melalui hantaran di Facebook Bandar Baru Bangi Community.

Dia yang berasa terkejut menasihatkan kepada peniaga di bazar Ramadan untuk tidak lagi meletakkan harga yang tidak masuk akal begini di bulan ramadan yang mulia ini.



Loading...


Hantaran itu menjadi tular di Facebook apabila dikongsikan olehnya dan berjaya meraih 115 tanda suka dan 180 komen dari pengguna Facebook lain.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa kesal mereka dengan harga makanan yang semakin tidak masuk akal di bazar Ramadan.

“Selalu kuih ni paling mahal pun RM3.50 untuk 4 ke 5 biji,” komen Waziha Wahid.

“Elok tanya harga dulu sebelum membeli pergi bazar Ramadan lepas ni, takut terkejut dibuatnya,” komen Anyiee Hunter. – KOSMO! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post