Sejak berita tentang kemelut rumah tangganya tular, Puteri Sarah Liyana sering menjadi tumpuan ramai terutamanya dalam apa hal yang dikongsikan di media sosial.
Apa-apa hantaran dimuat naik oleh Sarah di Instagram terutamanya, pasti akan mencuri perhatian dan menjadi bualan hangat.
ARTIKEL MENARIK:Syamsul Ghau Ghau Ditegur Netizen Kerana Tinggalkan Komen Pada Posting Hafidz Roshdi
Tidak lupa juga, ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail yang seperti diketahui ramai, sangat menyayangi menantu dan cucu-cucunya.
Terbaru, menerusi Instagram story Datin Patimah ada berkongsi gambar Puteri Sarah bersama Syaikhul dan Sumayyah berlatar belakangkan lagu bertajuk ‘Belum Siap Kehilangan’.
Seperti diketahui, sebutan kes permohonan cerai dibuat oleh Puteri Sarah terhadap Syamsul telah ditetapkan pada 7 Mac depan, sehari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 9 tahun.
Bukan itu sahaja, dia turut memuat naik hantaran menyebelahi menantunya seperti sebelum ini di mana dia sendiri tidak bersetuju anaknya, Syamsul Yusof berkahwin dengan Ira Kaza.
Dalam pada itu, dia turut sempat memberi peringatan dan pesanan pedas buat para suami dan wanita yang mengganggu keharmonian rumah tangga orang lain.
Penyondol terbukti bersalah merampas suami orang, jangan jadikan takdir sebagai alasan.”
Sumber : Instagram Patimah Ismail via Beautiful Nara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Kredit -
Post a Comment