[V] Dagu Siti Aafiyah Berjahit Tersembam Jatuh Skuter – Tok Ti Batal Persembahan ‘Last Minute’

[V] Dagu Siti Aafiyah Berjahit Tersembam Jatuh Skuter – Tok Ti Batal Persembahan ‘Last Minute’

Anak sulung kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah Khalid, 5, cedera di bahagian tangan dan muka serta dagunya menerima beberapa jahitan setelah terjatuh ketika bermain skuter.

[V] Dagu Siti Aafiyah Berjahit Tersembam Jatuh Skuter – Tok Ti Batal Persembahan ‘Last Minute’



Ketika kejadian, Aafiyah segera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera.

ARTIKEL MENARIK:“Biarlah Saya Dicerca, Dihina…” – Tiada Sengketa, Sissy Imann Dan Mas Idayu Erat Berpelukan


Berita duka itu dimaklumkan Siti menerusi ruangan IG Story, di samping memohon maaf kepada penganjur kerana terpaksa membatalkan kemunculannya di sebuah acara.


  • Siti Aafiyah Khalid, Cedera di tangan kanan.


Loading...


“Malang tidak berbau. Anak ibu jatuh skuter. Kena masuk OT (dewan bedah). Doakan semoga Allah SWT permudahkan urusan.

“Minta maaf kepada penganjur kerana saya terpaksa membatalkan persembahan pada saat-saat akhir disebabkan kemalangan yang menimpa anak saya,” katanya.

Selain itu Siti turut berkongsi gambar menunjukkan tangan kanan Aafiyah yang berbalut.

@boom.malaysia Kuatnya Aafiyah macam ibu dia juga… #boom #boommalaysia #artismalaysia #artist #celebrity #star #idol #icon #fyp #influencer #inspirer #personality #viral #trending #news #current #ctdk#scooter ♬ Cant Take My Eyes off You (Remix) – Erzal Blae

Menerusi hantaran lain, penyanyi Biarlah Rahsia itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mencemar dulu bertanyakan khabar anaknya.

“Menjunjung kasih KDYMM Tuanku Permaisuri Agong yang bertanya khabar dan mendoakan kesembuhan Aafiyah.

“Terima kasih juga buat semua yang doakan kesihatan Aafiyah. Insha-Allah Aafiyah cepat sembuh dari kemalangan kecil ini,” katanya. – BOOM!


Kredit -Boom! Malaysia




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post