Ahad lalu penyanyi dangdut, Mas Idayu tampil menjelaskan kontroversi yang terjadi pada minggu keenam konsert Famili Duo sehingga dirinya teruk dikecam sebelum ini.
Menurut pemilik nama Masidayu Mesnun itu, biarlah dia menelan kata-kata kesat yang dilemparkan warganet daripada membiarkan fokus Sissy terganggu mengharungi program tersebut.
ARTIKEL MENARIK:[V] Panggilan ‘Sayang’ Di TikTok Bukan Main-main, Ubai Sahkan Bercinta Dengan Shila Amzah
“Saya alu-alukan netizen maki saya, asalkan jangan diganggu para peserta dengan komen-komen tidak sepatutnya di media sosial.
“Ada peserta yang mesej saya di Instagram mengatakan saya terlalu sayangkan Sissy Imann dan Naim Daniel berbanding mereka.
“Orang boleh nampak saya marah mereka beria-ia berbanding peserta lain,” jelasnya saat ditemui usai pentas akhir Famili Duo di Plaza Alam Sentral Shah Alam.
Malah dia juga tidak terasa hati dengan luahan Sissy di media sosial selepas kejadian tersebut, sebaliknya menganggap sepupu Naim itu sebenarnya kecewa dengan diri sendiri.
“Saya nampak dia tak marahkan saya, tetapi kecewa. Namun disebabkan Sissy mendiamkan diri, netizen hentam saya.
“Dalam masa seminggu tu, saya dipanggil babi, anjing, sial, celaka… tetapi saya tak balas apa-apa pun sebab tak nak mereka kacau peserta,” akuinya. – BOOM!
Kredit -
Post a Comment