Pelakon dan penyanyi, Wanns Ahmad menerusi Instagram miliknya hari ini telah memuat naik satu entri yang membuatkan pengikutnya keliru dan tertanya-tanya.
Malah ada juga yang mendakwa Wanns sengaja mahu mencetus sensasi bagi menarik perhatian umum dengan konten yang disifatkan tabu oleh segelintir orang.
ARTIKEL MENARIK:Bagai mayat hidup, Nadya Syahera trauma disihir
“Kepada yang berumur 18 tahun ke atas. Tolong!
“Siapa tahu cara untuk hentikan tabiat buruk onani sebelum tidur?
“Tolong bagi cadangan dan pendapat,” memetik kata-kata yang divisualkannya.
Berkata kepada BOOM!, Wanns berpendapat, gejala beronani di era moden ini seakan-akan sukar dibendung.
“Saya yakin dan percaya, ramai lelaki khususnya golongan muda atau bujang berdepan masalah ini.
“Risiko atau keburukan daripada tabiat beronani sebelum tidur ini banyak mudaratnya.
“Saya sehingga kini masih belum menemui ubat atau rawatan terbaik untuk menanganinya” akui pemuda berasal dari Kelantan itu.
Justeru, Wanns atau nama penuhnya Wan Nursalam Wan Ahmad, 32, berharap agar orang ramai dapat berkongsi petua atau kaedah terbaik untuk memastikan gejala tidak bermoral dan boleh memudaratkan kesihatan itu mampu ditanganinya secara berkesan. – BOOM!
Kredit -
Post a Comment