Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita mengamuk dan menyerbu suaminya yang ditangkap menjalinkan hubungan dengan wanita lain di sebuah rumah, lapor laman berita Suara.com.
Berdasarkan rakaman yang dimuat naik dalam akaun Instagram @kamerapengawas.id, seorang wanita mengunjungi sebuah rumah di Nusa Tenggara Timur.
ARTIKEL MENARIK:“Saya Kena Tipu Dah…” – Agong Tepuk Dahi Tertipu Lelaki Botak
Tidak lama kemudian, seorang lelaki bertopi keledar membuka pintu dan keluar dari rumah tersebut. Lelaki itu dipintas oleh isterinya setelah ditangkap bersama wanita lain.
Tonton Video Terbabit :
Bagaimanapun, wanita itu gagal menghalang suaminya yang sudah siap sedia membawa beg untuk meninggalkan lokasi kejadian.
Akibat berang si suami melarikan diri, wanita itu segera masuk ke rumah tersebut dan membelasah wanita yang disyaki menjalin hubungan dengan suaminya.
Si isteri menarik rambut wanita tersebut sehingga terjatuh ke atas lantai.
Kejadian itu mendapat perhatian orang ramai di ruangan komen. Rata-rata netizen menyokong tindakan si isteri dan mengecam tindakan suaminya yang lari.
“Ganas sangat sehingga lelaki itu melarikan diri,” komen seorang netizen.
Sumber : Kosmo
Baca Juga Artikel Menarik Ini :
Seorang Atuk Ditangkap Khalwat Bersama Wanita Muda Dalam Tandas Awam | Seorang warga emas lelaki ditangkap basah selepas berdua-duaan dengan seorang wanita di dalam tandas awam, lapor laman berita Suara.com.
Serbuan ke atas pasangan itu tular selepas sebuah video yang merakam kejadian tersebut dimuat naik dalam akaun Instagram @terang_media.
Rakaman memaparkan seorang lelaki bertopi keledar mengetuk pintu salah sebuah tandas awam dan cuba membukanya secara paksa.
Selepas beberapa kali pintu diketuk, pintu tandas dibuka dan seorang wanita muncul sambil membetulkan pakaian.
Bagaimanapun, wanita itu ditolak semula oleh lelaki tersebut ke dalam tandas. Seorang lelaki warga emas ditangkap turut berada di dalam tandas tersebut.
Dia menjadi sasaran kemarahan sehingga dijerit oleh lelaki yang menyerbunya. Ketika kejadian, warga emas itu hanya memakai kain pelikat.
Berdasarkan kapsyen hantaran tersebut, warga emas itu diserbu oleh anak lelakinya sendiri. Kejadian itu dikatakan berlaku di Madura, Indonesia.
Rakaman berkenaan mendapat perhatian orang ramai di ruangan komen.
“Sudah cukup umur nak mati tapi masih gatal datuk ni,” komen seorang netizen.
Sumber : Kosmo
Baca Juga Artikel Menarik Ini :
Seorang Wanita Ditangkap Berkhalwat Dengan Kawan Baik Suami Sendiri | Seorang wanita berusia 29 tahun dicekup berkhalwat bersama rakan suaminya di rumah mereka di Semabok, di sini, awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat berkata, ibu kepada dua anak dan pasangannya lelaki berusia 61 tahun itu ditahan dalam serbuan jam 1.05 pagi.
Menurutnya, ketika pemeriksaan, wanita itu mengaku suaminya berusia 38 tahun tiada di rumah kerana bekerja shif malam sebagai pengawal keselamatan di Batu Berendam.
“Wanita itu mengaku hanya dia bersama dua anak berusia tiga tahun dan tiga bulan berada di dalam rumah bersama rakan sekerja suaminya itu.
“Lelaki itu pula mendakwa sudah enam bulan menetap di situ berikutan baru mendapat kerja di syarikat kawalan keselamatan bersama suami wanita terbabit,” katanya selepas menyertai operasi bersepadu ‘Op Gelenyar’ bersama lima agensi di kawasan etnik Rohingya di Semabok, di sini, semalam.
Operasi turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Datuk Shadan Othman, anggota Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan.
Che Sukri berkata, pasangan warga tempatan itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman hingga mendatangkan syak.
Katanya, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga 24 bulan atau kedua-duanya sekali.
Sumber : Harian Metro
Kredit -
Post a Comment