Ketua Puteri Umno Putrajaya Dipecat Atas Tuduhan Sabotaj Parti

Ketua Puteri Umno Putrajaya Dipecat Atas Tuduhan Sabotaj Parti

KUALA LUMPUR – Ketua Puteri Umno Bahagian Putrajaya, Jumaitul Laily Zakiah Ismail dilucut keahlian daripada menganggotai Umno.

Ketua Puteri Umno Putrajaya Dipecat Atas Tuduhan Sabotaj Parti



Surat rasmi Umno memaklumkan Jumaitul Laily Zakiah telah dipecat daripada parti berkuat kuasa serta merta hasil daripada keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 16 Februari 2023 lalu.

ARTIKEL MENARIK:Suami Lari Lintang-Pukang, Isteri Mengamuk Serbu Rumah Peny0nd0l


“Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat MKT Umno pada 16 Februari 2023 telah memutuskan bahawa saudari dipecat daripada parti berkuat kuasa serta merta di bawah Fasal 20.10 oleh kerana tindakan saudari telah mensabotaj parti dengan melanggar Fasal 20.9 (b) (c) dan (1) Perlembagaan Umno,” kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam surat berkenaan.

Jumaitul Laily Zakiah dalam hantaran di Facebooknya berkata, dia dipecat sedangkan tidak tahu salah apa.

“Tidak dipanggil, tidak ada ruang membela diri. Tiba-tiba dipecat.

“Ini salah satu jawapan kenapa anak muda menolak Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) di Putrajaya.



Loading...


“Rumours more to come akan dipecat atau digantung,” katanya.

Dalam pada itu, di Instagram Jumaitul Laily Zakiah memberitahu, sejujurnya, dia sudah pun mengisi dua borang calon pada 13 Februari yang lepas untuk bertanding mempertahankan jawatan Ketua Puteri Umno Bahagian Putrajaya dan juga EXCO Puteri Umno dan pada 19
Februari yang lepas.

“Saya bercadang untuk ke PWTC menghantar borang pencalonan saya. Bagaimanapun, akhir-akhir ini saya dikejutkan dengan berita bahawa saya adalah salah seorang ahli yang telah disenaraikan sebagai ahli Umno Bahagian Putrajaya yang akan dipecat.

“Saya amat terkejut dan tertanya-tanya apakah kesalahan saya sehingga menyebabkan saya dipecat,” katanya.

Tambahnya, setahu dia selama 5 tahun Puteri Putrajaya sangat komited dan berusaha gigih menaik dalam menjaga nama baik Umno Bahagian Putrajaya tanpa penat lelah.

“Walaupun dalam keadaan serba serbi kekurangan, sabar dan tabah dengan segala tekanan dan dugaan yang maha besar, lebih-lebih lagi setelah kita kalah pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang lepas.

“Namun begitu, Puteri Umno Bahagian Putrajaya tetap bersemangat dan Alhamdulillah, telah berjaya menggerakkan dan menarik minat anak muda khususya wanita muda untuk mendampingi dan mendekati Umno.

“Alhamdulillah, dari maklumbalas yang kami terima dan diterjemahkan dalam bentuk program dan aktiviti, makin hari makin ramai anak muda memahami dan mula menghargai Umno sebagai sat wadah perjuangan politik yang berteraskan perjuangan membela agama bangsa dan tanah air,” ujarnya.


Kredit -Suara TV




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post