Genap 3 Tahun Abam Bocey Dah Tiada Dan Ini Kali Pertama Hidayah ‘Pulang’ Tapi Dia Tak Boleh Masuk

Genap 3 Tahun Abam Bocey Dah Tiada Dan Ini Kali Pertama Hidayah ‘Pulang’ Tapi Dia Tak Boleh Masuk

GENAP tiga tahun selepas pelawak Allahyarham Abam meninggal dunia, balunya iaitu Norhidayah Mohd Ali mengambil keputusan berkunjung ke kediaman yang pernah mereka tinggal di Gombak pada Jumaat.

Genap 3 Tahun Abam Bocey Dah Tiada Dan Ini Kali Pertama Hidayah ‘Pulang’ Tapi Dia Tak Boleh Masuk



Bagaimanapun kata Hidayah, kunjungannya ke rumah tersebut tidak disambut baik oleh keluarga suaminya apabila kedatangannya juga tidak diendahkan meskipun beberapa kali memberi salam.

ARTIKEL MENARIK:Anak Chef Wan, Serina Hilang Hak Penjagaan Anak. Rupanya Ini Sebab Kenapa Mahkamah Tak Beri Hak Penjagaan Lagi


“Hari Jumaat yang mulia ini, sempena tiga tahu pemergian arwah suami, saya datang ke rumah kami. Sekarang kami di rumah tetapi tiada siapa yang menyahut atau membuka pintu.

f387624df552cea2f369918c5e1e12bc-8.jpg

Genap tiga tahun pemergian Allahyarham pelawak Abam.

“Tengok ini ada kereta dan motosikal tetapi tiada siapa yang jawab salam atau keluar daripada rumah. Saya dah satu jam dekat sini,” katanya.

Hidayah berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi Tiktok miliknya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Hidayah turut berkongsi rakaman keadaan sekeliling rumah yang dipenuhi semak samun seperti tidak dijaga dengan baik.

dayah2 - 1

“Rumah macam hutan. Sedih tengok keadaan rumah. Sedih sangat-sangat datang dengan perasaan hampa. Datang rumah sendiri tapi tak bagi masuk.



Loading...


“Korang sendiri tengok mereka memang tak bagi saya masuk rumah kami. Tengok mereka masuk rumah itu dan anda nilaikan sendiri,” ujarnya.

INI PESANAN HIDAYAH KEPADA ALI PUTEH SELEPAS DIA TAK BOLEH MASUK RUMAH ABAM BOCEY

VIDEO) Dihalang Masuk Rumah Sendiri, Balu Abam Bocey Tuntut RM60K – “Korang Nilaikanlah Sendiri”

Difahamkan kehadiran Hidayah ke rumah berkenaan turut ditemani oleh peguamnya selepas notis 21 hari yang dihantar kepada adik Allahyarham iaitu Ali Puteh berhubung keputusan mahkamah gagal dilaksanakan.

Hidayah turut menggesa agar Ali membuat pembayaran RM60,000 seperti mana ditentukan mahkamah sebelum ini.

“Peguam saya dah hantar surat tempoh 21 hari untuk pihak sana menyerahkan kunci rumah dan buat bayaran, sampai sekarang masih berdiam diri.

“Saya minta pihak sana sila jelaskan bayaran RM60,000 yang ditentukan mahkamah,” katanya.

VIDEO:

 

Pada Mei 2020, Hidayah memafailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh berhubung kenyataan dibuat pelawak itu menerusi akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang tidak bertanggungjawab.


Kredit -two.e-kesah




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post