Ada Orang Bagitahu Peguam Yg Digunakan Untuk Saman Ira Kazar Rupanya Yusof Haslam ‘Sponsor’. Sekali Ini Respond Puteri Sarah

Ada Orang Bagitahu Peguam Yg Digunakan Untuk Saman Ira Kazar Rupanya Yusof Haslam ‘Sponsor’. Sekali Ini Respond Puteri Sarah

Selepas selesai mengerjakan ibadah umrah di mekah, nampaknya pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana kini berada di Dubai untuk meluangkan masa bercuti bersama anak-anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Ada Orang Bagitahu Peguam Yg Digunakan Untuk Saman Ira Kazar Rupanya Yusof Haslam ‘Sponsor’. Sekali Ini Respond Puteri Sarah



Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Puteri Sarah di laman Instagramnya, dia berkongsi beberapa keping gambar ketika berada di sana untuk tatapan para pengikut dan peminatnya.

ARTIKEL MENARIK:Puteri Sarah dibenar mulakan prosiding hina mahkamah terhadap Ira Kazar


 

“Tenangkan dirimu dalam segala situasi, karena ketenangan adalah kekuatanmu,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.

Ketenangan yang dicari Puteri Sarah tidak bertahan lama apabila dia memuat naik satu perbualan mengenai situasi kes saman dia dengan Ira Kazar.

Sebelum ini kami melaporkan yang pengarah, Datuk Yusof Haslam berasa kesal dengan tindakan anaknya, Syamsul Yusof yang berahsia selama 4 tahun sekaligus menyeksa hati seorang isteri.

Hal ini terjadi selepas Syamsul Yusof telah membuat satu pengakuan rasmi yang dia sudahpun bernikah Ira Kazar secara sah.

Terbaru! Menerusi satu perkongsian di IG Puteri Sarah, terdapat satu ‘screenshot’ yang menunjukkan mesej abang kepada Ira, Naem Kazar dengan seorang pengguna Instagram.

Kau ingat dia kaya ke?

2D665F13-8DB5-4DCC-93C9-438368E3D1F1-357

Kalau korang tengok, Naem seolah mengatakan yang Puteri Sarah tiada duit dan bongkar kepada individu itu bahawa Datuk Yusof telah membayar peguam untuk satu kes yang tidak diketahui.



Loading...




Puteri Sarah menerusi IG Story itu dilihat binggung dan mungkin perkara yang disampaikan itu hanyalah rekaan semata.

Nanti kita jumpa kat court


Walau bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada ianya betul ataupun tidak. Semoga yang baik-baik saja untuk mereka.


Kredit -two.e-kesah




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post