Tarikan Unik Perlis, Fenomena Hutan Bertukar Warna Setahun Sekali

Tarikan Unik Perlis, Fenomena Hutan Bertukar Warna Setahun Sekali

Teringin bukan, nak rasai suasana bagaikan di luar negara tetapi ada di negara sendiri? Biasalah kalau nak melancong mestilah kena ada persediaan awal terutamanya daripada segi kewangan.

Tarikan Unik Perlis, Fenomena Hutan Bertukar Warna Setahun Sekali



Tidak kisahlah, melancong di mana-mana, mesti anda lebih tertarik kepada tempat yang ‘indah mata memandang’ atau tempat yang menenangkan.

ARTIKEL MENARIK:11 Aktiviti & Tempat Menarik Di Pulau Besar Mersing


Justeru, tahukah anda, di Malaysia juga ada tempat- tempat yang menarik yang boleh anda kunjungi. Kita selalu dikhabarkan dengan keindahan pulau di Sabah atau pantai-pantai di Terengganu, tetapi kali ini anda dibawa khas menerokai Perlis.

Jangan tak tahu, selain dikenali sebagai negeri paling tenang, Perlis juga tiada tolok bandingnya dalam ‘menyajikan’ pemandangan memukau selaras dengan slogan ‘Indah Lagi Mempersona’ seperti sawah padi, bukit-bukau, hutan dan banyak lagi.

Namun satu lagi tarikan menarik yang mungkin ramai belum tahu ialah fenomena hutan yang boleh bertukar warna. Lebih menarik lagi fenomena ini akan berlaku hanya setahun sekali di kawasan bukit batu kapur Kg, Syed Omar, Perlis.

Jadi, ikuti perkongsian daripada Perlis Nature and Wildlife (PNW) untuk mengetahui maklumat mengenai bukit ini dengan lebih lanjut.

Fenomena hutan bertukar warna di Perlis


Gambar: Perlis Nature Wildlife

Colour changing forest in Perlis. Hari ini PNW berkesempatan melawat lokasi hutan bertukar warna yang hanya berlaku setahun sekali di Perlis! Dijangka seawal hujung bulan kita dapat melihat fenomena perubahan warna pada pokok-pokok hutan ini di kawasan bukit batu kapur Kg. Syed Omar, Perlis. Nantikan.

Perkongsian berikut adalah gambar tahun lepas 2022 yang dirakamkan di tempat sama.

Setiap kali tiba musim angin timur (kemarau) di Perlis, PNW tidak sesekali melepaskan peluang untuk merakamkan gambar pokok-pokok dipterokarpa yang bertukar warna seperti di musim luruh.

Di Malaysia, flora batu kapur terdiri dari 1,250 spesis di mana beberapa peratus daripadanya adalah dari jenis pokok kayu dipterokarpa. Untuk negeri Perlis, jenis dipterokarpa pamah yang dapat dilihat di hampir semua bukit-bukit terdiri daripada spesis meranti, merawan, cengal, mersawa dan lain-lain. Ada di antara spesis tersebut dikelaskan berada di dalam kategori endemik Perlis, Langkawi dan Selatan Thailand.



Loading...




Gambar: Perlis Nature Wildlife

Iklim sub tropika di negeri Perlis dengan purata tahunan taburan hujan 2,000 mm menjadikan pokok-pokok dipterokarpa hidup subur untuk pusingan berbunga setahun sekali bermula penghujung bulan April setiap tahun.

Ketika musim kemarau seawal Disember sehingga Mac, pokok-pokok ini akan mula meluruhkan daun sebelum kembali berputik di awal bulan April. Kitaran ini memberikan pemandangan seperti musim luruh yang hanya dapat dilihat di dinding-dinding bukit batu kapur.

Gambar-gambar berikut dirakamkan di Bukit Nyatoh, Kg. Syed Omar, Perlis kira-kira 9 kilometer dari Kangar. Perlis sedang mengalami musim angin timur yang sejuk pada waktu malam dan panas berangin pada waktu siang.


Gambar: Perlis Nature Wildlife 

Gambar: Perlis Nature Wildlife


Sumber: Perlis Nature and Wildlife


Kredit -Siakap Keli.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post