11 Aktiviti & Tempat Menarik Di Pulau Besar Mersing

11 Aktiviti & Tempat Menarik Di Pulau Besar Mersing

Pulau Besar terletak 15km di luar persisiran pantai di sebelah timur daerah Mersing di Johor. Ia dikelilingi oleh berbilang pulau-pulau kecil dan merupakan destinasi percutian pantai yang menarik kerana mudah diakses dengan bot dari Mersing yang hanya memerlukan setengah jam. .

11 Aktiviti & Tempat Menarik Di Pulau Besar Mersing



Ia sebelumnya dikenali sebagai Pulau Babi Besar kerana populasi babi hutan yang bebas berkeliaran di sana tetapi populasi ini sudah tiada sekarang. Oleh itu, ia merupakan destinasi yang terbaik untuk percutian hari hujung minggu selama 2-3 hari dengan keluarga.

 Pulau Besar Mersing lebih kurang sama saiznya dengan Pulau Sibu dan lebih besar daripada Pulau Rawa. Terdapat beberapa resort yang ringkas di sebelah Barat Pulau Besar. Anda perlu menempah penginapan anda sebelum anda mengatur perjalanan bot anda dengan pihak resort. Namun, orang ramai lebih mengenali Pulau Sibu dan Pulau Rawa daripada Pulau Besar. Inilah sebabnya Pulau Besar menjadi pilihan destinasi pelancong yang lebih menggemarkan suasana pulau yang lebih sepi dan eksklusif.

Sejarah Pulau Besar Mersing

Legenda Pulau Besar di mana sebuah pasangan nelayan yang berubah bentuk menjadi ikan duyung menjadi begitu terkenal di kalangan masyarakat tempatan sehingga mereka percaya bahawa ada suatu ketika, isteri nelayan yang sedang sarat mengandung mengidamkan sejenis rumpai laut, yang lazim didapati di perairan Mersing. Selepas memakannya, dia bertukar menjadi ikan duyung dan suaminya yang sedih juga turut menjadi ikan duyung selepas memakan rumpai air itu. Sehingga kini, dipercayai bahawa ikan duyung yang berenang secara berpasangan boleh dijumpai memakan rumpai laut di Pulau Besar.


ARTIKEL MENARIK:Tempat Menarik di Johor Yang POPULAR & WAJIB Pelancong Lawati


11 Aktiviti & Tempat Menarik Yang Perlu Anda Cuba Di Pulau Besar Mersing, Johor

Di suasana pantai dan laut Pulau Besar Mersing, aktiviti yang paling sesuai untuk dilakukan di bawah cuaca dan persekitaran pulau ini tentunya ialah sukan air dan aktiviti pantai. Cahaya matahari yang panas dan perairan yang tenang memberikan pengalaman terbaik untuk pelancong. Antara aktiviti yang boleh dinikmati di pulau ini ialah:

1. Berkanu di persisiran pantai

Pulau Besar Mersing - Menyewa Kanu

Anda boleh menyewa kanu dari mana-mana resort atau kemudahan yang menyewanya dan menikmati pengalaman berkanu di laut Pulau Besar yang terkenal dengan ketenangan airnya, sekaligus memberi kelegaan kepada pengunjung yang mungkin bimbang dengan keadaan air yang terlalu berombak


2. Menyelam permukaan (Snorkeling)

Pulau Besar Mersing - Menyelam permukaan (Snorkeling)

Perairan Pulau Besar yang bersih dan jernih juga menggalakkan aktiviti menyelam permukaan kerana di dasar laut Pulau Besar terdapat pemandangan terumbu karang dan ikan-ikan unik yang berwarna-warni untuk dinikmati.


3. Nikmati makan malam yang lazat di Aseania Beach Resort

Nikmati makan malam yang lazat di Restoran Kayu Manis, Aseania Beach Resort Pulau Besar Mersing

Dengan hiasan bertemakan Bali, Restoran Kayu Manis merupakan tempat yang unik untuk menjamu selera di Pulau Besar. Selain persekitarannya yang anggun dan tenang, pilihan makanan juga amat banyak di sini, dan ia juga menerima tempahan untuk sambutan keraian.


4. Jelajah pulau-ke-pulau

Jelajah pulau-ke-pulau

Terdapat beberapa resort yang menawarkan khidmat jelajah pulau-ke-pulau untuk pelancong yang ingin melihat pelbagai pulau-pulau yang tersebar di sekitar Pulau Besar, yang mana setiap satunya lebih indah dan lebih tenang daripada yang sebelumnya. Terokai pulau-pulau kecil dan nikmati pemandangannya yang masih indah dan tidak terusik daripada kegiatan pelancongan yang terlalu agresif


5. Bola tampar pantai

Bola tampar pantai

Para pelancong boleh bermain bola tampar pantai dengan membentuk pasukan di antara rakan-rakan mahupun dengan pelancong yang lain. Bola boleh didapati di kaunter, dan jaring sudahpun disediakan di kawasan kemudahan ini

6. Nikmati suasana pantai di Pulau Besar Mersing

Nikmati suasana pantai di Pulau Besar Mersing

Oleh kerana Pulau Besar masih belum begitu dikenali orang ramai seperti Pulau Sibu dan Pulau Rawa, maka pemandangan dan suasana pantai di sini masih cukup tenang dan tidak begitu padat. Oleh itu, ia menawarkan ketenangan jiwa kepada pelancong yang mengidamkannya, terutamanya untuk melepaskan diri daripada kesesakan gaya hidup di bandar raya besar.


7. Berjalan-jalan di Pulau Besar Mersing

Berjalan-jalan

Walaupun tidak ada banyak tarikan di Pulau Besar selain pantainya, para pelancong juga boleh berjalan-jalan dengan penuh santai dan menikmati pemandangan pantai dan laut yang biru di setiap sudut.


8. Jelajah hutan

Pulau Besar Mersing - Jelajah hutan

Aktiviti jelajah hutan untuk para pelancong yang ingin menikmati pemandangan hijau di hutan selain daripada pemandangan biru laut di pantai. Aktiviti yang dikira lasak ini juga melatih kesabaran dan kekuatan fizikal, di samping menenangkan jiwa


9. Selaman scuba

Pulau Besar Mersing - Selaman scuba

Sementara itu, pelancong yang mempunyai kelayakan menyelam pula boleh berjelajah lebih dalam dan lebih jauh ke dasar laut di Pulau Besar untuk menyaksikan sendiri ekosistem dasar laut dalam yang eksotik dan mempesona


10. Pondok Pantai

Pulau Besar Mersing - Pondok Pantai

Kadang-kadang sememangnya perkara yang terbaik untuk dilakukan ialah tidak melakukan apa-apa. Duduk dan bersantai sahaja di pondok pantai sambil memesan minuman dan menikmati sahaja pemandangan indah pantai



Loading...


Resort di Pulau Besar Mersing

1. Aseania Beach Resort Pulau Besar

Aseania Beach Resort Pulau Besar

Boleh dikatakan sebagai resort yang paling terkenal di Pulau Besar, Aseania Beach Resort merupakan sebuah resort 3-bintang yang memaparkan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh pengunjung ketika berada di Pulau Besar seperti berkayak, jelajah hutan, menyelam dasar dan sebagainya. Restoran Kayu Manisnya juga terkenal, dan terdapat juga hiburan malam di kawasan lounge untuk keselesaan pengunjung. Penginapannya juga lengkap, dengan 47 bilik resort yang berkelengkapan asas seperti hawa dingin, pancuran air panas dan sebagainya.


2. D’coconut Resort Pulau Besar

D’coconut Resort Pulau Besar

D’coconut Pulau Besar merupakan sebahagian daripada rangkaian resort yang juga terdapat di Pulau Langkawi dan Pulau Lang Tengah. Ia merupakan resort bajet sederhana ke tinggi yang sesuai untuk pelancong individu dan keluarga kerana selain kelengkapan biliknya yang lengkap, ia juga menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti jelajah pulau-ke-pulau, jelajah hutan dan sebagainya.


3. Mirage Island Resort Pulau Besar

Mirage Island Resort Pulau Besar

Resort yang bertema chalet ini sesuai untuk pengunjung yang datang dengan ahli keluarga kerana kemudahan chaletnya cukup luas untuk menempatkan seisi keluarga. Dengan suasana kampungnya yang unik juga, ia boleh memberikan rasa nostalgia kepada pengunjung yang menggemari suasana sebegini, sementara kemudahan penginapan yang ditawarkan adalah lengkap walaupun asas, berbaloi untuk penginapan pulau yang menakjubkan.


4. Bayu Lestari Island Resort Pulau Besar

Mirage Island Resort Pulau Besar

Bayu Lestari Island Resort merupakan penginapan resort yang diusahakan oleh sebuah keluarga, untuk keluarga. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis penginapan yang lebih disuaikan kepada cita rasa kekeluargaan seperti banglo dan vila. Terdapat juga penginapan dormitori bagi pengunjung yang lebih menggemari penginapan bajet. Aktiviti yang boleh dilakukan di resort ini ialah seperti jelajah pulau-ke-pulau, selam permukaan, berkayak dan sebagainya.


5. Riki’s Place Pulau Besar

Riki's Place Pulau Besar

Riki’s Place merupakan penginapan chalet bajet yang berkelengkapan asas untuk mereka yang lebih menggemari keringkasan. Dengan ciri utamanya iaitu pantai peribadi, Riki’s Place merupakan destinasi penginapan yang cukup sempurna untuk mereka yang menginginkan sesuatu yang lebih sunyi dan ringkas.


Cara Ke Pulau Besar

Untuk pergi ke Pulau Besar, anda perlu ke Mersing dahulu, kemudian resort anda akan mengatur pengangkutan bot ke pulau, yang biasanya termasuk dalam pakej penginapan. Perjalanan kereta selama 4 jam diperlukan dari Kuala Lumpur ke Jeti Mersing sebelum menaiki bot, yang akan mengambil lagi 25 minit untuk tiba di Pulau Besar. Anda boleh meminta resort anda supaya mengatur perjalanan bot anda untuk tiba pada waktu ketibaan anda di Mersing. Bot boleh diatur sekiranya terdapat bilangan penumpang yang mencukupi. Pastikan juga untuk bertanya tentang perjalanan kembali ke Mersing kerana masanya mengikut arus (dan kepulangan lewat tengah hari mungkin tidak tersedia).

Pulau Besar merupakan pulau yang terbaik untuk berjemur di bawah matahari, bersantai, membaca novel yang sudah lama tidak disentuh, menjelajah di sekeliling pulau, dan hanya menikmati ketenangan kehidupan pulau. Untuk warga kota, mungkin segalanya lain di sini… tiada trafik, sut dan pelbagai lagi kerenah bandar raya. Memang sukar untuk melepaskan segala tugasan harian tetapi setelah angin laut meniup anda ke dalam alam impian, memang sukar untuk meninggalkan tempat ini.


Kredit -caridestinasi



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post