Dakwaan Syamsul Yusof didakwa sudah bernikah akhirnya terjawab apabila pengarah terkenal itu akhirnya mengakui sudah bernikah hari ini dengan Ira Kazar di Thailand.
Menerusi video itu juga, Syamsul turut menitipkan pesanan buat Puteri Sarah pulang ke rumah bersama anak-anak untuk menyelesaikan hal rumah tangga mereka.
ARTIKEL MENARIK:“Saya Tak Reda & Tak Izinkan” – Ibu Syamsul Yusof
Malah, Syamsul seakan menunding jari terhadap Puteri Sarah yang didakwa membawa anak-anak keluar tanpa keizinan daripada suami.
Tidak hanya berdiam diri, Puteri Sarah memberi kenyataan balas membidas tuduhan yang dilemparkan oleh Syamsul itu serta meminta suaminya tidak menunding kesalahan kepada dirinya.
Perkongsian Puteri Sarah itu turut mendapat perhatian ibu mertuanya yang juga ibu kepada Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail yang meninggalkan komen.
Loading...
Komen Datin Fatimah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mendoakan perkara sama serta menyifatkan Puteri Sarah sangat beruntung mempunyai ibu mertua yang baik serta sentiasa memberikan sokongan.
Kredit -rotikaya
Post a Comment