Ibu kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail berkata dia tidak merestui dan reda dengan perkahwinan kedua anaknya itu dengan Ira Kazar.
Memetik Harian Metro, Datin Patimah berkata dia hanya mengetahui tentang perkahwinan kedua anaknya itu selepas diberitahu sendiri oleh Syamsul.
ARTIKEL MENARIK:Sah Dimadukan, Puteri Sarah Ucap Tahniah – “Dah Berbulan Nikah, Mengaku Pun!”
“Syamsul jangan jadi munafik. Saya tak reda dan tak terima (perkahwinan kedua Syamsul). Saya baru dapat tahu tadi selepas diberitahu oleh Syamsul. Tapi saya cakap tak reda dan tak izinkan. Dia beritahu saya selepas dia berkahwin,” katanya.
Dalam pada itu, Datin Patimah berkata sebelum ini Syamsul menafikan kononnya dia menjalin hubungan dan sudah berkahwin dengan Ira, namun hari ini segalanya terjawab.
“Sebelum ini dia tak mengaku. Dia bermati-matian cakap dia tak kahwin. Orang buat fitnah katanya dan mahu saman orang yang buat cerita.
“Namun, hari ini dia mengesahkan segalanya-galanya. Sekali lagi nak tegaskan, saya tak izinkan dan tak reda atas perbuatannya itu,” katanya.
Terdahulu, Patimah dilihat ada meninggalkan komen di Instagram Puteri Sarah memohon Allah memberikan yang terbaik terhadap dua cucunya.
Kredit -rotikaya
Post a Comment