“Saya Kesal Kenapa Simpan Rahsia Sampai Empat Tahun?” – Yusof Haslam

“Saya Kesal Kenapa Simpan Rahsia Sampai Empat Tahun?” – Yusof Haslam

Hangat diperkatakan mengenai pernikahan anaknya, pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam mendakwa hanya mengetahui berita Syamsul Yusof berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand selepas dimaklumkan oleh rakannya.

“Saya Kesal Kenapa Simpan Rahsia Sampai Empat Tahun?” – Yusof Haslam



Memetik BH Online, Yusof turut kesal dengan tindakan anaknya menyimpan perkara itu terlalu lama sekaligus menyeksa hati isterinya, Puteri Sarah

ARTIKEL MENARIK:“Tahniah Akhirnya Mengaku Selepas Dah Berbulan Nikah Di Thailand Kan?” – Puteri Sarah


“Sebagai bapa, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk anak dan menantu saya, Sarah. Saya yakin mana-mana ibu bapa akan melakukan perkara serupa.

“Cuma, saya sedikit kesal kenapa dia simpan rahsia itu terlalu lama sampai empat tahun? Kenapa tidak berterus terang dari awal kepada isterinya?

“Jadi, tidaklah dia menyeksa hati dan perasaan Sarah serta melukakan hati banyak orang. Saya tidak boleh cakap apa lagi kerana benda (pernikahan) pun sudah berlaku. Bagi saya, jika dia berterus terang lebih awal, masalah dapat diselesaikan dengan cepat.



Loading...


“Tidaklah berpanjangan diperkatakan masyarakat, sehinggakan Sarah menjadi mangsa kutukan apabila dikatakan cuba membuka aib suami,” katanya.

Menurut Yusof lagi, dia tidak pernah berdendam mahupun membenci anaknya itu  namun berharap Syamsul menjalanjan tanggungjawab sebagai bapa.

“Saya perlu terima kerana ini soal qada dan qadar dari Allah. Cuma, saya berharap Sarah tabah dalam menghadapi ujian ini. Bagi saya, Sarah ada hak untuk buat apa yang dirasakan betul kerana sebagai isteri, dia yang menanggung perit getir itu.

“Namun, saya ingin berpesan kepada Syamsul agar dia tidak lupa tanggungjawabnya sebagai bapa kepada dua anaknya. Seandainya terjadi sesuatu kepada rumah tangga dia dan Sarah, saya mohon dia tetap jalankan tanggungjawab memberi nafkah,” katanya.


Kredit -rotikaya



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post