Meskipun sudah bernikah dengan Syamsul Yusof, tuntutan saman sivil serta aduan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dibuat oleh Puteri Sarah terhadap Ira Kazar yang didakwa mengganggu rumah tangganya tidak terbatal.
Memetik Harian Metro, peguam, Nor Zabetha Muhammad Nor, berkata isu saman sivil yang difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akan tetap berjalan.
ARTIKEL MENARIK:“Saya Kesal Kenapa Simpan Rahsia Sampai Empat Tahun?” – Yusof Haslam
“Berkenaan dengan isu saman sivil, ia dibuat kerana gangguan, tulisan atau muat naik luahan Ira Kazar yang dikatakan satu bentuk gangguan di sosial media atau di mana-mana platform.
“Jadi, seperti yang dilaporkan oleh media dan kenyataan Puteri Sarah, bicara kes akan berlangsung pada Ogos 2023. Jadi, untuk tuntutan ini yang disebabkan penulisan dan gangguan, masih akan diteruskan.
“Perkahwinan itu tidak akan menggugurkan kes sebab tuntutannya mengenai perkara yang berlaku sebelum ini, terhadap Puteri Sarah,” katanya.
Menurutnya lagi, mengulas aduan dibuat Puteri Sarah terhadap Ira Kazar tidak akan digugurkan dan kes masih disiasat mekipun wanita itu sudah berkahwin dengan Syamsul.
“Apabila aduan dibuat, jabatan agama akan buat siasatan sama ada terdapat elemen kesalahan iaitu contohnya Ira Kazar sebagai pihak ketiga yang menyebabkan keruntuhan kepada perkahwinan, misalnya sehingga Syamsul menceraikan isteri atau mengabaikan tanggungjawab.
“Kalau cukup elemen, maka jabatan agama akan menyerahkan kepada pendakwa syarie untuk dakwaan di mahkamah.
“Memandangkan kes ini belum pun didakwa ke mahkamah, barangkali ia dalam peringkat siasatan lagi. Jadi kes ini masih disiasat, tidak akan digugurkan kerana Ira berkahwin (dengan Syamsul),” katanya.
Dalam pada itu, kes akan diteruskan jika ada bukti menunjukkan Ira Kazar menjadi punca dan penghalang hubungan Puteri Sarah dan Syamsul.
“Jika tiada pembuktian bahawa Ira tidak menyebabkan perpisahan terjadi antara mereka (Syamsul dan Puteri Sarah), jadi kes tidak akan digugurkan,” katanya.
Sementara itu, Nor Zabetha melihat kes tersebut agak rumit selepas mengambil kira pelbagai faktor.
“Ia jadi payah kerana mengikut kenyataan Syamsul dan Puteri Sarah, mereka masih suami isteri. Malah pelakon dan pengarah itu tidak meninggalkan Puteri Sarah (selepas berkahwin dengan Ira Kazar).
“Ini antara isu dalam kes ini, apa pun wanita perlu bijak dalam melindungi hak mereka… contoh harta sepencarian sepanjang perkahwinan,” katanya.
Kredit -rotikaya
Post a Comment