“Puteri Sarah Menantu Kesayangan Saya” – Yusof Haslam

“Puteri Sarah Menantu Kesayangan Saya” – Yusof Haslam

Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam berkata dia hanya mengetaui berita mengenai perkahwinan kedua anak, Syamsul Yusof bersama Ira Kazar selepas menonton video dimuat naik di Instagram.

“Puteri Sarah Menantu Kesayangan Saya” – Yusof Haslam



Memetik Harian Metro, ditanya sama ada merestui perkahwinan kedua anaknya Yusof Haslam berkata dia mahu menjaga hati semua pihak terutama besan serta menantu kesayangannya, Puteri Sarah.

ARTIKEL MENARIK:“Dia Sangat Mengongkong Sarah” – Rakan Puteri Sarah Dedah Sikap Syamsul Yusof?


“Saya nak menjaga hati semua pihak terutama besan-besan, hati menantu kesayangan saya (Puteri Sarah Liyana) dan hati isteri,” katanya.

“Saya dapat tahu pun mengejut. Dia pun dah kahwin, sebelum ni khabar angin saja. Sebagai ayah apa boleh dikatakan adalah yang berlaku sudah berlaku. Jadi saya sebagai orang tua hanya mendoakan yang terbaik,” katanya.

Menurut Yusof lagi, sebagai seorang bapa dia berharap anaknya itu memilih jalan yang diredai Allah.



Loading...


“Apa saja keputusan yang dah dibuat itu hak dia. Dia sudah dewasa untuk menentukan jalan yang dipilih. Hidup ini banyak persimpangan. Persimpangan ini kita kena pastikan pilih yang terbaik. Sebagai ayah juga, saya harap dia pilih jalan yang diredai Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Yusof turut berharap Syamsul menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa serta berlaku adil sebagai suami.

“Saya harap dia menjalankan tanggungjawab sebaiknya. Saya harapkan sebagai ayah dia menjadi lelaki yang baik. Saya harap dia menjalankan tanggungjawab dan berlaku adil. Kalau jodohnya masih kekal dengan Puteri Sarah, berlaku adil pada isteri dan jalankan tanggungjawab dengan berhemah,” katanya.


Kredit -rotikaya



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post