Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa hairan dengan sijap segelintir netizen yang kurang senang dengan perkongsian dan pendedahan dibuat pelakon Puteri Sarah mengenai konflik rumah tangganya.
Memetik Harian Metro, Rita berkata tindakan Puteri Sarah itu adalah untuk memastikan segala proses yang dilakukan berjalan lancar sekaligus menjawab segala persoalan media.
ARTIKEL MENARIK:“Puteri Sarah Menantu Kesayangan Saya” – Yusof Haslam
“Perkara ini tidak terjadi pada diri anda sendiri, sebaliknya pernah berlaku kepada saya sebelum ini. Sebagai selebriti kami tak boleh ambil pendekatan untuk terus berdiam diri sepanjang masa.
“Kalau kami diam nanti netizen akan terus mengecam. Jadi jalan terbaik adalah berkongsi segala masalah dan proses yang dilakukan. Apa yang dilakukan itu bukan ‘meroyan’ sebaliknya kami juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan serta anak-anak yang perlu dibela,” katanya.
Menurut Rita lagi, penderitaan dihadapi Puteri Sarah hampir sama dengannya namun mempunyai keluarga mentua yang sangat baik yang sentiasa berada dibelakang.
“Cerita penderitaan yang dihadapi Sarah hampir serupa dengan saya, cuma Sarah ada ‘tongkat’ yang kuat iaitu keluarga mentua yang sangat baik.
“Sedangkan saya pula hanya berjuang seorang diri. Saya pernah diserang bertubi-tubi. Tapi apapun saya kasihan dengan Sarah yang penat cari duit seorang diri.
“Jadi janganlah marah atau meluat dengan tindakan yang dibuatnya itu. Anda pun kalau suami atau teman wanita pandang wanita lain pun sudah jeling mata,” katanya.
Dalam pada itu, Rita berkata Syamsul mempunyai hak untuk berkahwin lagi namun sebagai ketua keluarga perlu menyelesaikan masalah dihadapi sebelum berkahwin dua.
Tambahnya lagi, Syamsul sepatutnya berterus terang dengan isteri jika mahu berkahwin lagi bukan melakukan sebaliknya berkahwin dahulu kemudian baru minta untuk berbincang.
“Kalau dia nak kahwin dua atau tiga memang tidak salah, tapi cara yang dilakukan itu tidak tepat. Sepatutnya apabila ada masalah dia kena balik ke rumah untuk selesaikan. Walaupun dia tidak suka dengan isterinya dan mahu bernikah lagi, dia patut cakap dengan isterinya.
“Dia patut berterus terang supaya isteri itu tidak tertanya-tanya. Bukan selepas dah buat (kahwin) baru nak panggil isteri. Itu satu tindakan yang salah. Kemudian si isteri pula dipersalahkan sedangkan dia tidak lari ke mana pun.
“Sarah hanya berada di rumah keluarga Syamsul. Jadi siapa yang lari? Siapa yang tidak mahu jumpa? Sarah ini hanya menunggu masalah itu diselesaikan, tapi tiada tindakan dibuat.
“Walaupun Sarah kelihatan kuat, tapi saya tahu jauh di sudut hati dia sedang menangis, lebih-lebih lagi ketika melihat anak-anaknya. Perasan sedih itu memang perlu ada dalam diri setiap orang,” katanya.
Sementara itu, Rita turut mempersoalkan isteri baru Syamsul iaitu Ira Kazar yang sepatutnya memainkan peranan penting dalam menyelesaikan kemelut rumah tangga suaminya.
“Kalau dia perempuan yang baik, dia akan menasihati suaminya untuk bertanggungjawab. Dia patut minta suaminya untuk balik ke rumah dan selesaikan apa yang berlaku dengan isteri pertamanya.
“Wanita itu juga perlu menasihatkan agar suaminya tidak memutuskan silaturahim dengan kedua ibu bapanya dan mengetahui kedudukannya,” katanya.
Kredit -rotikaya
Post a Comment