Polis Dedahkan Punca Sebenar Pertelingkahan Isteri Pertama Dan Kedua Zainal Abidin Hassan. Ada Perkara Yg Berlaku Sehingga Mereka Boleh Disabit Kesalahan

Polis Dedahkan Punca Sebenar Pertelingkahan Isteri Pertama Dan Kedua Zainal Abidin Hassan. Ada Perkara Yg Berlaku Sehingga Mereka Boleh Disabit Kesalahan

Berang disindir dalam satu program rancangan realiti televisyen dipercayai menjadi punca pergaduhan dua wanita dipercayai isteri kepada seorang jurulatih bola sepak di sebuah restoran di sini pada Isnin.

Polis Dedahkan Punca Sebenar Pertelingkahan Isteri Pertama Dan Kedua Zainal Abidin Hassan. Ada Perkara Yg Berlaku Sehingga Mereka Boleh Disabit Kesalahan



Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan dijalankan mendapati kejadian melibatkan isteri pertama dan kedua jurulatih bola sepak tersebut.

ARTIKEL MENARIK:Syamsul Kongsi Perkembangan Terbaru Filem ‘OriginalGangster’ Sekali Ira Kazar Masuk Komen. Ini Yg Syamsul Buat Selepas Itu


“Siasatan mendapati isteri pertama berasa tersindir dengan kenyataan yang dikeluarkan isteri kedua dalam sebuah rancangan realiti televisyen.

“Isteri pertama jurulatih tersebut turut memarahi madunya dan mendakwa wanita itu telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuannya,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, turut berlaku kejadian tarik menarik rambut antara kedua-dua individu terbabit.


“Pertengkaran di dalam restoran tersebut kemudiannya membawa sehingga bahagian luar restoran.

Mohd Iqbal menambah, pihaknya sudah menerima laporan daripada kedua-dua wanita terbabit berhubung insiden itu dan mereka serta suami telah dirakam keterangan.



Loading...


Beliau memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh gempar di tempat awam.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mereka juga disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Pada Isnin, suasana sebuah restoran di sini gempar apabila dua individu dipercayai isteri kepada seorang jurulatih bola sepak bergaduh.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2 pagi itu bagaimanapun dileraikan orang ramai yang berada di restoran tersebut.

Sumber : Sinar Harian / Astro Awani

Kredit -two.e-kesah




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post