Isteri Pertama Dan Kedua Zainal Abidin Hassan Bertengkar Di Tempat Awam. Saksi Yg Ada Disitu Ceritakan Apa Sebenar Terjadi

Isteri Pertama Dan Kedua Zainal Abidin Hassan Bertengkar Di Tempat Awam. Saksi Yg Ada Disitu Ceritakan Apa Sebenar Terjadi

BELUM reda isu bergelar isteri kedua kepada Datuk Zainal Abidin Hassan, penyanyi Fyna Jebat terpalit pula dengan kontroversi selepas didakwa terlibat dengan pergaduhan bersama madunya iaitu isteri pertama bekas pemain bola sepak terkenal negara era 80 hingga 90-an berkenaan pada pagi Isnin.

Isteri Pertama Dan Kedua Zainal Abidin Hassan Bertengkar Di Tempat Awam. Saksi Yg Ada Disitu Ceritakan Apa Sebenar Terjadi



Insiden itu dipercayai berlaku selepas Fyna dikatakan singgah di sebuah restoran mamak di Seksyen 7, Shah Alam.

ARTIKEL MENARIK:Polis Dedahkan Punca Sebenar Pertelingkahan Isteri Pertama Dan Kedua Zainal Abidin Hassan. Ada Perkara Yg Berlaku Sehingga Mereka Boleh Disabit Kesalahan


Sumber memberitahu mStar, kekecohan berlaku apabila isteri pertama Zainal iaitu Datin Zalina Zaini dipercayai mengeluarkan kata-kata kesat kepada Fyna yang berada di restoran tersebut.

fyna1 - 1

Fyna mengakui sudah berkahwin dengan Zainal.

“Semalam tengah melepak, tiba-tiba isteri kedua itu kena serang dengan isteri pertama.

“Apa yang saya dengar, dia menggelar Fyna dengan kata-kata kesat sebelum kedua-duanya berperang mulut,” kata sumber itu kepada mStar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim kepada Majoriti pada Isnin mengesahkan berlaku pergaduhan kecil melibatkan dua isteri kepada bekas bintang bola sepak terkenal yang baharu sahaja berkahwin dengan selebriti.

Menurut Iqbal, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).

“Siasatan mendapati isteri pertama berasa tersindir dengan kenyataan yang dikeluarkan isteri kedua dalam sebuah rancangan realiti televisyen.

“Isteri pertama jurulatih tersebut turut memarahi madunya dan mendakwa wanita itu telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuannya,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, turut berlaku kejadian tarik menarik rambut antara kedua-dua individu terbabit.

“Pertengkaran di dalam restoran tersebut kemudiannya membawa sehingga bahagian luar restoran.



Loading...



f387624df552cea2f369918c5e1e12bc-22.jpg

Fyna enggan mengulas lanjut tentang perkahwinannya.

Bagaimanapun, usaha mStar untuk menghubungi Zainal dan Fyna tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej tidak dijawab.

Sebelum ini Fyna atau nama sebenar Nur Syafinaz Jebat, 29, membuat pengakuan sudah bergelar isteri kepada bekas jurulatih bola sepak Pahang FC yang juga merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan.

Enggan mengulas lanjut tentang perkahwinan tersebut, Fyna bagaimanapun memohon orang ramai mendoakan kebahagiaan mereka.

Sumber: MSTAR ONLINE


Kredit -two.e-kesah




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post