“Poligami Tanpa Izin Isteri Dianggap Tak Mampu” – Ustaz Azhar Idrus

“Poligami Tanpa Izin Isteri Dianggap Tak Mampu” – Ustaz Azhar Idrus

Umum mengetahui, sejak semalam hangat diperkatakan apabila pengarah terkenal, Syamsul Yusof mengkaui sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand.

“Poligami Tanpa Izin Isteri Dianggap Tak Mampu” – Ustaz Azhar Idrus



Susulan tindakan Syamsul itu, Puteri Sarah mengucapkan terima kasih kerana akhirnya mengaku serta berterima kasih kerana mengkhianatinya.

ARTIKEL MENARIK:“Saya Kesal Kenapa Simpan Rahsia Sampai Empat Tahun?” – Yusof Haslam


Terbaru, sedang hangat diperkatakan mengenai isu Syamsul itu, tular video mengenai penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus menjawab pertanyaan sama ada sah atau tidak seorang suami berkahwin seorang lagi tanpa pengetahuan isteri pertama.

“Hukumnya sah tetapi perbuatan itu tak betul kerana perkahwinan ini adalah bergembira, bukan bersedih,” katanya.



Loading...


Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra disapa UAI berkata hidup berpoligami bermaksud iaitu suami, isteri pertama dan isteri kedua. Bukan hanya dua bergembira tetapi isteri pertama bersedih.

Ujarnya lagi, penting untuk suami mendapatkan keizinan daripada isteri pertama bagi mengelakkan mereka rasa ditipu. UAI turut bertanyakan soalan bagaimana perasaan suami jika mereka ditipu isteri.

“Minta izin, saya nak berkahwin seorang lagi. Inilah orangnya (sambil tunjuk gambar), awak berkenan atau tidak. Dia cakap tak suka, okey cari lain sampai mendapat restu dari isteri pertama,” katanya.

“Kalau isteri tipu, kita marah tak? Sama jugalah dengan konsep kahwin tanpa pengetahuan isteri. Dia masih ingat kita tak beri dia ‘madu’. Betul tak? Jadi, isteri rasa tertipu. Jangan sebab jasa isteri sangat besar dengan kita (suami),” katanya.

Dalam pada itu, UAI turut mengingatkan suami tentang jasa besar isteri pertama yang sanggup meninggalkan keluarga untuk hidup bersama selepas berkahwin.


Kredit -rotikaya



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post