Pelajar UPM Hilang Selepas Pergi Solat Jumaat, Bila P0lis Siasat Jumpa Motor di TBS. Rupanya Ini Lokasi Yang Dia Pergi

Pelajar UPM Hilang Selepas Pergi Solat Jumaat, Bila P0lis Siasat Jumpa Motor di TBS. Rupanya Ini Lokasi Yang Dia Pergi

Seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dilaporkan hilang selepas pergi solat Jumaat dengan menunggang motosikal.

Pelajar UPM Hilang Selepas Pergi Solat Jumaat, Bila P0lis Siasat Jumpa Motor di TBS. Rupanya Ini Lokasi Yang Dia Pergi



Pelajar dikenali Mohd Irfan Hakimi Azhar, 22, dikesan hilang selepas dihubungi bapanya.

ARTIKEL MENARIK:Pengantin baru habis SPM pilih untuk ‘humble’! Bisnes masyuk, umur 17 tahun beli kereta cash untuk ibu… kahwin pakai baju sekolah je


Ketua Polis Daerah Serdang, A A Anbalagan berkata, ayah pelajar berkenaan menghubungi anaknya untuk bertanyakan khabar tentang kehidupan seharian di UPM pada 9 pagi Jumaat, namun tiada sebarang jawapan.

Menurutnya, ekoran itu lelaki berkenaan menghubungi adiknya yang tinggal berhampiran UPM untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai anaknya itu.

“Ketika adik pengadu berada di UPM, rakan sebilik Mohd Irfan Hakimi memaklumkan kali terakhir Mohd Irfan Hakimi dilihat adalah semasa dia pergi solat Jumaat dengan menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha LC135,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, sehingga kini, Mohd Irfan Hakimi masih belum pulang ke rumah atau balik ke bilik penginapan di UPM serta masih gagal dihubungi oleh ahli keluarga.

“Hasil siasatan, kita mendapati Mohd Irfan Hakimi merupakan pelajar semester pertama di Kolej Cancelor UPM dalam jurusan Pengajian Pengguna sejak September lalu,” katanya.

Mohd Irfan dikesan berada di negeri Johor berdasarkan rekod transaksi kad debit miliknya dan hasil semakan CCTV dia dilihat ada bersama seorang individu lain dipercayai rakannya- Polis

Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohd Irfan Hakimi yang dilaporkan hilang selepas menunaikan solat Jumaat minggu lalu, dikesan berada di sekitar Tampoi, Johor pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pelajar berkenaan dikesan berada di negeri Johor berdasarkan rekod transaksi kad debit miliknya.

“Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) di premis berhampiran, pelajar berkenaan dilihat ada bersama seorang individu lain dipercayai rakannya.

“Polis juga berjaya menemui motosikal jenis Yamaha LC135 yang dinaikinya telah ditinggalkan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan.

“Jadi kita percaya pelajar berkenaan pergi menaiki bas menuju ke Johor,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Op Selamat Ke-19 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sini pada Khamis.

Anbalagan (tengah) semasa melancarkan Op Selamat Ke-19 peringkat IPD Serdang pada Khamis.



Loading...


Pada Rabu Sinar Harian Melaporkan seorang pelajar universiti dilaporkan hilang selepas pergi solat Jumaat dengan menunggang motosikal.

Bapa pelajar berkenaan dilaporkan telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Besar, Sabak Bernam pada jam 4 petang Isnin.

Anbalagan berkata, ibu bapa pelajar berkenaan telah dimaklumkan berhubung penemuan itu dan beliau difahamkan mereka telah bertolak ke Johor untuk mencari anak mereka yang hilang berkenaan.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati, Mohd Irfan tidak mengalami sebarang masalah peribadi ataupun berada dalam kemurungan.

“Kita memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Sarjan Kipli Rajak di talian 019-6177188 bagi membantu siasatan,” ujar beliau.

REAKSI NETIZAN:

“satu negara kena game..orang risau kan awak dik..tapi boleh2 pulak ko game kan family kau sendiri..kalau nak jalan bagitau la family..ni org dah buat report..banyak pihak dah bazir masa cari kau sorang

KREDIT: SINAR HARIAN


Kredit -Trending Sangat




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post