Pengantin baru habis SPM pilih untuk ‘humble’! Bisnes masyuk, umur 17 tahun beli kereta cash untuk ibu… kahwin pakai baju sekolah je

Pengantin baru habis SPM pilih untuk ‘humble’! Bisnes masyuk, umur 17 tahun beli kereta cash untuk ibu… kahwin pakai baju sekolah je

MACAM main ‘kahwin-kahwin’, tapi hakikatnya pasangan ini sah bergelar suami isteri.

Pengantin baru habis SPM pilih untuk ‘humble’! Bisnes masyuk, umur 17 tahun beli kereta cash untuk ibu… kahwin pakai baju sekolah je



Mana tidaknya, kedua-dua mereka diraikan dalam persalinan pakaian seragam sekolah, duduk sopan di pelamin.

ARTIKEL MENARIK:Dikurniakan 11 Anak, Raih Perhatian & Netizen Lebih Rasa Bangga Dengan Isteri Pasangan Ni!


Bukan setakat pengantin, kumpulan pengiring juga teruja memeriahkan majlis persandingan mengikut tema, ibarat ‘kembali ke sekolah’.

Bercakap kepada mStar, Nur Jannatul Zafirah Abdul Kadir berkata, majlis perkahwinannya diadakan pada 14 November lalu tetapi video tersebut baru dikongsinya di laman sosial.

Berusia 18 tahun pada tahun ini, dia menjelaskan mendirikan rumah tangga selepas tamat persekolahan dan selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

sanding baju sekolah 4

Kumpulan pengiring turut memakai baju sekolah.

“Saya memang teringin nak pakai baju pengantin yang cantik dan mahal. Kalau boleh rekaan daripada pereka fesyen terkenal.

“Tapi biarlah berbelanja besar untuk kehidupan selepas berkahwin, dan bukannya masa sanding.

“Kos baju sekolah kami cuma kira-kira RM150 je, berbanding harga ribu-ribu kalau pakai baju designer,” katanya kepada mStar.

sanding baju sekolah 1

Jann (kanan) dan suami pada majlis pernikahan, 13 November 2022.

Lebih mesra disapa Jann, katanya, sebenarnya terdapat sebab dia memilih pakaian seragam sekolah sebagai tema di majlis persandingan yang diadakan di sebuah dewan di Pasir Mas, Kelantan.

Mengulas lanjut, dia mula berjinak-jinak dalam perniagaan pada usia 15 tahun, sebelum menjadi stokis untuk produk minuman kesihatan bermula 2021.



Loading...


“Saya bergelar antara stokis terbaik dengan jualan mencecah RM1 juta. Walaupun masih bergelar pelajar ketika itu, saya mampu membuktikan diri saya juga boleh melakukannya.

“Jadi, karakter ‘budak sekolah’ sebagai satu personal branding. Sebab itulah saya mahu mengekalkan identiti ini di majlis sanding,” ujarnya yang mengusahakan bisnes bersama suami, Muhammad Firdaus Alias, 20, masing-masing berasal dari Pasir Mas.

sanding baju sekolah 3

Masing-masing membawa hantaran untuk kedua-dua pengantin.

Menurut anak bongsu daripada tujuh beradik itu, dia bersyukur kerana majlis persandingan yang dihadiri antara 500 dan 600 tetamu adalah hasil kejayaan bisnes mereka.

“Berniaga ketika masih belajar bukannya mudah. Apatah lagi nak raih jualan mencecah RM1 juta. Sebagai pelajar, cabarannya nak bahagikan masa sebab buat dua benda dalam satu masa.

“Lebih-lebih lagi nak ambil SPM. Itu belum lagi mulut orang yang cakap negatif kepada pelajar yang berniaga… ada yang cakap ‘masih belajar, tapi ada hati nak buat bisnes’.

“Saya tak kisah pun sebab saya dari umur enam tahun lagi dah jadi anak yatim dan ibu sebagai ibu tunggal membesarkan kami adik-beradik dengan rezeki sebagai tukang jahit,” tambahnya.

sanding baju sekolah 2

Jann dan suami bersama kumpulan pengiring di pelamin.

Bagi Jann, dia lebih selesa untuk berpegang dengan konsep ‘beauty with brain and money‘, yang mana walaupun mencari rezeki di bangku sekolah tetapi pendidikan tetap diutamakan.

“Memang seronok bila dapat duit dengan berniaga, pada masa sama penat sebab masih belajar. Tapi kena buktikan yang kita betul-betul boleh buat.

“Alhamdulillah, pada usia 16 tahun saya mampu tanggung diri sendiri dan 17 tahun dah boleh beli kereta untuk ibu secara tunai. Nak pergi honeymoon ke London nanti pun hasil bisnes.

“Tapi ilmu tetap penting, jangan lupa pendidikan dan habiskan sekolah. Sekurang-kurangnya kena habiskan SPM sebagai persediaan di masa depan,” katanya yang mahu menyambung pengajian dalam jurusan perniagaan pada masa akan datang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://www.mstar.com.my/


Kredit -Sinar Viral




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post