Mayat lelaki dalam guni di tepi jalan ditemukan di Klang

Mayat lelaki dalam guni di tepi jalan ditemukan di Klang

Satu mayat lelaki yang mulai mereput ditemukan di dalam sebuah guni di tepi jalan sekitar Aman Perdana, Klang petang semalam.

Mayat lelaki dalam guni di tepi jalan ditemukan di Klang



Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata pada kira-kira 6.10 petang, pihaknya menerima aduan berkenaan satu mayat yang ditemukan oleh orang awam di dalam guni berwarna putih di tepi Jalan Persiaran Aman Perdana 1, Aman Perdana, Klang.

ARTIKEL MENARIK:Akhirnya Pemandu Mercedes Ini Kantoi Elak Bayar Tol Sebanyak 45 Kali.


“Siasatan awal yang dijalankan mendapati mayat dalam keadaan berbungkus di dalam guni putih dan keadaan mayat telah mulai mereput. Mayat itu tidak dapat dikenal pasti bangsanya.

“Keadaan mayat hanya memakai kain sarung berwarna biru tanpa berbaju dan dihantar ke Hospital Shah Alam bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Loading...


Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP You Swee Leong menerusi nombor telefon 012-4071452 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara (03-32912222) atau mana-mana balai polis berhampiran.

Bernama


Kredit -malaysiakini



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post