Akhirnya Pemandu Mercedes Ini Kantoi Elak Bayar Tol Sebanyak 45 Kali.

Akhirnya Pemandu Mercedes Ini Kantoi Elak Bayar Tol Sebanyak 45 Kali.

Seorang wanita yang memandu kereta Mercedes-Benz A-class ditahan kerana mengelak membayar tol sebanyak 45 kali.

Akhirnya Pemandu Mercedes Ini Kantoi Elak Bayar Tol Sebanyak 45 Kali.



Pengendali lebuh raya Prolintas berkata, wanita itu bersetuju untuk membayar tunggakan bayaran tol ketika ditahan. Wanita itu membayar kira-kira RM275.65 untuk semua bayaran tol yang dia cuba elak sebelum ini.

ARTIKEL MENARIK:Kuota jemaah haji Malaysia kembali kepada asal


Prolintas dalam satu hantaran di Twitter berkata, wanita itu ditahan di plaza tol Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur baru-baru ini selepas didapati dia mengelak daripada membayar tol sebanyak 45 kali.

Penulis permotoran, Paul Tan berkata, kenderaan yang dipandu wanita itu adalah model lama, di mana pengguna Twitter mengelar wanita itu orang kaya yang kedekut.

Seorang lagi pengguna Twitter berkata: “Model lama, mungkin kereta `second-hand’ Tidaklah kaya sangat”.

Jurucakap Prolintas menyeru pengguna lebuh raya menjadikan tindakan hari ini sebagai satu amaran. “Jangan tiru tindakan tidak bermoral ini,” katanya.

Tambahnya, tindakan mengelak daripada membayar tol bukan sahaja satu tindakan menceroboh tetapi turut membahayakan pengguna kenderaan lain.

Mereka yang mengelak membayar tol biasanya akan mengekori rapat kenderaan lain di hadapan dan segera melepasi palang tol sebelum ia ditutup.



Loading...


Mereka yang didapati bersalah menceroboh dengan tidak membayar tol boleh dikenakan denda antara RM2,000 hingga RM5,000 jika didapati bersalah.

Berita terdahulu ada juga melaporkan Seorang pemandu kereta jenis Proton X50 antara yang ditahan pihak Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) selepas culas membayar tunggakan bayaran tol sebanyak RM57.50.


Menerusi ciapan Twitter Prolintas selaku pengendali Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), lelaki tersebut ditahan pihaknya di Plaza Tol Dato’ Keramat malam tadi.

“Hasil usaha mengesan penceroboh tol yang dijalankan secara kerap, beberapa kenderaan telah berjaya ditahan di plaza tol tersebut, AKLEH.

“Salah sebuah kenderaan yang ditahan ialah Proton X50 dengan tunggakan bayaran tol RM57.50 dan amaun kerugian telah dikembalikan pada masa dan lokasi sama,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Prolintas terus giat menjalankan operasi mengesan penceroboh tol melalui pasukan operasi lebuh raya bagi menahan pengguna tidak bertanggungjawab agar melangsaikan tunggakan bayaran tol.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai menyindir lelaki tersebut mampu membeli kereta baharu, tetapi tidak berkemampuan membayar tol.

“Kereta baharu boleh beli, tapi tak mampu nak bayar tol,” kata seorang pengguna.

“Kalau tol pun ‘sengkek’ nak bayar, baik kau pakai Perodua Axia saja. Tak payah gedik nak pakai kereta besar,” sindir seorang lagi pengguna.

LAPORAN DAHULU juga pihak PLUS telah memberi peringatan Pemilik kenderaan yang menggunakan lebuh raya kendalian syarikat konsesi PLUS Malaysia Berhad (PLUS) diingatkan supaya jangan mengelak membayar tol.

Dalam satu kenyataan, PLUS memberi amaran kepada pemilik kenderaan berat khususnya supaya bertanggungjawab terhadap perlakuan pemandu dan pekerja mereka sekiranya gagal membayar tol sewaktu menggunakan lebuh raya milik syarikat konsesi itu.

“PLUS memandang serius tindakan segelintir pemandu kenderaan yang dengan sengaja mengelak untuk membayar tol.

“PLUS juga memohon kerjasama semua syarikat logistik dan pemilik kenderaan berat supaya memandang serius perkara ini dan seterusnya memantau tindakan pemandu dan pekerja mereka.



“Di samping itu, PLUS telah mengenalpasti beberapa taktik penipuan tol yang digunakan oleh pemandu-pemandu kenderaan berat dan sedang mengambil lang-langkah pencegahan yang perlu termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat.

“Pada masa sama, PLUS juga berkolaborasi bersama-sama pihak berkuasa yang berkenaan bagi membendung kejadian penipuan pembayaran tol di lebuh raya,” menurut syarikat konsesi itu hari ini.

Terbaru, PLUS memaklumkan, Mahkamah Persekutuan memutuskan sebuah syarikat logistik dipertanggungjawabkan dengan liabiliti vikarius apabila pemandu atau pekerja syarikat terbabit gagal untuk menjelaskan jumlah tol yang ditetapkan.

Sebelum ini, PLUS pernah membuat tuntutan terhadap sebuah syarikat logistik iaitu Berjaya Logistics Sdn Bhd yang sebelum ini dikenali sebagai Sin Kung Logistics (KL) Sdn Bhd, membabitkan 19 kenderaan milik syarikat itu.

“Pemandu-pemandu syarikat tersebut telah dengan sengaja mengelak daripada membayar tol di lebuh raya PLUS sejak beberapa tahun lalu.

“Keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut adalah berikutan rayuan syarikat Berjaya Logistics Sdn Bhd terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 20 Julai 2020 yang membenarkan tuntutan PLUS sebanyak RM518,369.27 dengan kos sebanyak RM100,000 susulan kegagalan pemandu syarikat tersebut membayar tol di lebuh raya PLUS,” katanya.

 

 

Sumber : FMT


Kredit - KHALIFAH MEDIA NETWORKS.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post