Lufya Nasihatkan Puteri Sarah Liyana Berhenti Layan ‘Drama’ – “Tak Mahu Tengok U & Anak-Anak Jadi Bahan Lagi…”

Lufya Nasihatkan Puteri Sarah Liyana Berhenti Layan ‘Drama’ – “Tak Mahu Tengok U & Anak-Anak Jadi Bahan Lagi…”

Susulan drama tidak berkesudahan yang tercetus di antara Puteri Sarah Liyana dan suami, pelakon Lufya Omar tampil menegur sahabatnya itu.

Lufya Nasihatkan Puteri Sarah Liyana Berhenti Layan ‘Drama’ – “Tak Mahu Tengok U & Anak-Anak Jadi Bahan Lagi…”



Lufya menerusi ruangan komen pada salah satu hantaran yang dimuat naik Puteri Sarah meminta isteri kepada Syamsul Yusof itu berhenti melayan ‘drama’ yang tercetus dan memberi fokus kepada masa depan anak-anak.

ARTIKEL MENARIK:[V]“Awak Nak Mintak Berpisah, Okay Kalau Itu Yang Awak Mahukan…” – Syamsul Yusof Kecewa Difitnah & Diaibkan




Lufya tampil memberi nasihat kepada sahabatnya susulan masalah rumah tangga semakin hangat di media sosial ketika ini.

Tambah Lufya, Puteri Sarah dan anak-anak bukanlah bahan untuk dijadikan berita dan meminta sahabatnya itu hidup dengan tenang.

“Make a full stop dear. Jangan layan “drama” ni lagi. U n ur kids bukan mainan media. Hidup dengan tenang dan focus rangka masa depan anak-anak lebih baik sayangku,” katanya.

Dalam komen sama, Lufya turut memohon Puteri Sarah supaya membiarkan sahaja Syamsul dan Ira kerana dunia ini hanya sementara.



Loading...


“Biarkan dorang dalam dunia yang sementara ini. Tak mau tengok u n kids jadi bahan fitnah lagi Sarahku Sayang. Keep ur faith in Islam, Allah & Rasul. Lots of love,” katanya.


Komen yang dimuat naik oleh Lufya bagi menasihati sahabatnya.

Pesanan daripada Lufya itu mendapat sokongan daripada pengikut Instagram Puteri Sarah yang turut memintanya terus kuat menghadapi cabaran pada hari mendatang.

“Kannn…buat mcm ni lagi tambahkan api kemarahan…banyak yang batu api..sedihhhhh…!” tegur seorang peminat

“Betul tu Lufya..Insyallah Allah sentiasa bersama orang yang sabar..amin,” komen seorang lagi.

Setakat ini komen ditulis Lufya telah menerima lebih 32,000 tanda suka daripada pelayar Instagram. –BOOM!


Kredit -Boom! Malaysia




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post