Kuala Lumpur – Juri memang harus t.egas, tapi biarlah bertempat. Demikian pendirian selebriti p.opular Elly Mazlein apabila ditanya pendapatnya mengenai gaya k.ritikan atau penilaian yang dilakukan segelintir juri, lebih-lebih lagi menerusi program hiburan yang disiarkan secara langsung.
Sekadar info, Elly pertama kali mencuba bidang lakonan secara suka-suka pada 1999 menerusi telefilem khas Gerhana Di Mata Kabus Di Hati siaran RTM.
ARTIKEL MENARIK:Mas Idayu Tak Komen Persembahan Sissy Iman & Naim Daniel, Drama Masih Panjang?
Namun kerjaya lakonan Elly secara s.erius bermula pada 2002 apabila pelakon, pengarah dan penerbit Yusof Haslam mempelawa beliau membintangi siri drama kepolisan Gerak Khas dengan memegang watak sebagai Detektif Mazlein.
Kita Manusia Ada Hati Perasaan
Elly berkata meski percaya setiap juri ada pengalaman baik selain mempunyai cara tersendiri di dalam melontarkan komen, namun ia seharusnya dilakukan secara berhemah tanpa mengg.uris hati mana-mana pihak.
Pada saya, istilah teguran kerana sayang tidak semestinya dengan t.engking atau meninggikan suara. Kalau sayang atau rasa nak m.arah, biarlah ia dilakukan secara belakang kamera.
Sebab apa, bila ia dilakukan di hadapan kamera sebenarnya kita sebagai juri, kita bukan sahaja menjurikan seseorang artis itu.
Dalam masa sama, secara tak langsung segala apa yang kita k.ritik itu sebaiknya biar memberikan ilmu kepada peserta bertanding dan penonton.
“Mungkin ada di antara yang menonton itu ada yang mahu menjadi penyanyi sebab itu mereka tonton dan sedar kalau program berbentuk pertandingan sedikit sebanyak ia boleh bantu beri ilmu juga kepada mereka,” katanya.
Tanpa menyebut mana-mana pihak, Elly yang pernah berada di posisi P.residen Netizen program Big Stage sebelum ini menambah, dia terbuka sekiranya juri bert.egas di dalam menilai, tetapi jangan sampai keterlaluan.
Jadi bila berlakunya situasi juri te.ngking sehingga membuatkan ada hati yang terlu.ka jangan cerita nak jadi anak seni hati kena keras. Anak seni ke, kita manusia. Ada hati dan perasaan. Kita bukan kayu. Kita pun ada air muka, perasaan malu dan sebagainya.
Ya kita boleh beritahu apa yang salah, cuma macam saya kata kalau tegur sebab sayang misalnya bukan begitu caranya. Nak te.gas boleh bukan jerit p.ekik macam meng.amuk. Kalau boleh saya mahu perkara begini tidak berlaku.
“Apa pun kita kena jaga air muka orang sebab bintang yang ditegur itu ada yang masih muda dan jauh lagi perjalanan. Kalau boleh janganlah menc.alar imej mereka,” katanya lagi.
Hos Gegar Vaganza musim kesembilan ini juga merancang untuk mengambil kelas demi memantapkan ilmu pengetahuannya dalam soal vokal dan muzik selepas ini.
Kredit : MH/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
Kredit -
Post a Comment