Juri tetap Famili Duo, Mas Idayu memilih untuk tidak memberikan sebarang komen kepada persembahan Sissy Iman dan Naim Daniel.
Pasangan dua sepupu itu hanya mendapat reaksi daripada juri tetap, Ajai yang memuji persembahan mereka yang berjaya menjiwai watak menerusi lagu Pening nyanyian asal Datuk M. Daud Kilau dan Ezlynn.
ARTIKEL MENARIK:Masih ‘perang dingin’, Sissy Imann, Naim Daniel lolos ke final Famili Duo
Manakala Mas Idayu pula dilihat sibuk menulis sesuatu di atas kertas di mejanya tanpa memandang wajah Sissy dan Naim di atas pentas.
Meskipun hos, Sean Lee meminta penyanyi dangdut itu mengulas mengenai persembahan mereka, namun Mas Idayu tidak menghiraukannya.
Sementara itu, Sissy dan Naim juga dilihat mengambil pendekatan berbeza berbanding peserta lain dengan memilih untuk tidak merayu Mas Idayu memberikan komen terhadap persembahan mereka.
Naim ketika ditanya adakah mahu Mas Idayu memberikan komen selepas membuat persembahan pada pusingan Separuh Akhir program tersebut menjawab:
“Ini adalah sebuah persembahan hiburan keluarga. Terpulang kepada juri untuk menilai persembahan.
“Kami di sini berdiri sebagai penyanyi dan pemuzik agar dapat dinilai dengan keterbukaan hati,” katanya.
Walaupun situasi kelihatan janggal dan tegang, Mas Idayu tetap profesional dengan memberikan 8 daripada 10 markah kepada persembahan mereka menerusi lagu Pening nyanyian asal Datuk M Daud Kilau dan Ezlynn. – BOOM!
Kredit -
Post a Comment