6 guru baharu ganti guru maut tragedi tanah runtuh 16 Disember lalu

6 guru baharu ganti guru maut tragedi tanah runtuh 16 Disember lalu

Keenam-enam guru baharu mula bertugas di SJKC Mun Choong KL

6 guru baharu ganti guru maut tragedi tanah runtuh 16 Disember lalu



ENAM guru baharu mula bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong, Kuala Lumpur bagi menggantikan tempat guru-guru di sekolah itu yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, pada 16 Disember lalu.

ARTIKEL MENARIK:Dua kereta bergesel punca ragut nyawa penonton


Penggantian guru-guru dilakukan dengan pantas dan perkara itu dimaklumkan oleh wakil guru semasa berucap di sesi perhimpunan pagi ini.

Menurut laporan akhbar Kosmo, sesi persekolahan kelihatan seperti biasa dengan kehadiran para murid dan guru melalui dua pintu utama.

Bagaimanapun semasa sesi perhimpunan pagi, wakil guru meminta semua warga sekolah bertafakur selama seminit bagi mendoakan rakan-rakan mereka yang terkorban dan terkesan dalam insiden tanah runtuh itu.

Wakil guru turut mengingatkan kesemua murid untuk melaporkan kepada guru bertugas jika emosi mereka terganggu disebabkan kejadian tanah runtuh itu.



Loading...


“Sekiranya ada di antara kamu yang sedih, boleh segera maklumkan kepada guru-guru untuk dapatkan bantuan,” katanya.

Seramai 92 mangsa dilaporkan terbabit dalam tragedi tanah runtuh pada pukul 2.42 pagi, 16 Disember tahun lepas dengan 31 terkorban.

Mangsa yang maut terdiri daripada tujuh kanak-kanak lelaki, empat kanak-kanak perempuan, 14 wanita dewasa dan enam lelaki dewasa. – SM


Kredit -Suara Merdeka




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post