[VIDEO] Yasin Sulaiman Harap PM10 Tambah Baik Undang-Undang Lapuk

[VIDEO] Yasin Sulaiman Harap PM10 Tambah Baik Undang-Undang Lapuk

Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman berharap Perdana Menteri Ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dapat menambah baik undang-undang yang disifatkan sebagai lapuk termasuklah kes melibatkan ddah.

[VIDEO] Yasin Sulaiman Harap PM10 Tambah Baik Undang-Undang Lapuk



Menurutnya, melihat kepada perjuangan yang dilalui Anwar sebelum bergelar Perdana Menteri amatlah dahsyat, justeru dia ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Ke-10 itu dan berharap undang-undang di negara ini akan dapat dijalankan dengan adil.

ARTIKEL MENARIK:“Macam Baka Hindustan..” Ramai Terpesona Lihat Kejelitaan Anak Dara Pak Azad




“Saya rasa belum terlewat untuk saya ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri yang ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Dan sebelum ini saya mengharapkan 18 Disember ini (Ahad), sempat untuk saya tonton Piala Dunia dan nak raikan tahun baharu. Namun, nampaknya saya kena tunggu Januari nanti,” katanya.

Yasin berkata demikian selepas representasi tiga pertud0han ddah yang dihadapinya di tangguhkan pada 11 Januari 2023 di Mahkamah Sesyen pada Khamis.

Ia selepas hakim Nik Nasimah Nik Mohammad, menetapkan tarikh baharu itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan masih menunggu keputusan ketiga-tiga representasi berkenaan.


Sementara itu, Yasin memaklumkan dia kini berada dalam keadaan sihat walaupun kelihatan berat badannya semakin susut.

“Memang pegawai-pegawai di sana (penjara) pun ramai yang bertanya sebab saya dah kurus. Bagaimanapun, saya rasa okay.

“Dah jumpa doktor dan dia cakap tak ada masalah. Berat saya dah turun lima kilogram. Saya akan cuba naikkan berat untuk menyenangkan hati pegawai di sana,” jelasnya.

Tambahnya lagi, masalah badan menggeletar yang dihidapinya masih berlaku dan ubat yang diambil juga perlu dipantau bagi memastikan keadaannya baik dan stabil.

“Saya ada menggeletar sikit di dalam penjara. Saya makan ‘lithium carbonate’ dan ia adalah ubat yang perlu sentiasa dipantau. Kena buat ujian darah, toksin dan sebagainya.

“Namun, berada di dalam penjara memang agak susah sikit walaupun kita dah cuba usahakan. Namun, ia bukan masalah besar dan Insya-Allah, saya akan harungi dengan tenang saja,” ujarnya.


Terdahulu, pelantun lagu Mimpi Laila itu bernasib baik apabila terlepas huk0man gantung sampai matl atas pertuduhan mengedar ddah jenis Kanabls seberat 214 gram.

Ia selepas selepas pihak pendakwaan memaklumkan pertud0han mengedar ddah ditarik balik dan ditud0h semula atas pertud0han baharu yang akan bermula Mac 2023.



Loading...


VIDEO:


– Sumber & video dipetik dari Xtra, Harian Metro, Kosmo, Utusan, Instagram Yasin Sulaiman

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! 


Kredit -My TV Viral




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post