Agensi Pengurusan Bencana (NADMA) pada pagi ini telah mengeluarkan senarai nama mangsa yang meninggal dunia akibat kejadian tanah runtuh Jalan Genting Highland – Batang Kali.
Seramai enam orang mangsa yang terkorban dalam tragedi itu telah dikenalpasti oleh pihak keluarga. Manakala 21 yang lain masih melalui proses bedah siasat. Proses pengecaman mangsa terkorban itu telah dijalankan oleh ahli keluarga dan pengesanan cap jari yang dijalankan oleh Jabatan Forensik.
ARTIKEL MENARIK:Pemuda India pelvk Islam selepas 5 tahun bercinta dengan awek Melayu, tiba-tiba putus… Adam nak mulakan hidup baru!
Perkara itu telah dimaklumkan oleh NADMA dalam satu hantaran Facebook Agensi Pengurusan Bencana, Jabatan Perdana Menteri.
Loading...
Sementara itu, dua lagi mangsa telah ditemui dan dibawa ke hospital untuk proses selanjutnya. Walau bagaimanapun, status mangsa yang baru ditemui itu masih belum diketahui setakat artikel ini ditulis.
Difahamkan dua lagi mangsa ditemukan di tapak perkhemahan di Gohtong Jaya, Batang Kali terdiri daripada seorang lelaki dewasa dan kanak-kanak untuk dibawa ke hospital.@BuletinTV3 pic.twitter.com/SkE208r9sh
— Hamdi Fahmi (@hamdiNewsMPB) December 17, 2022
Perkara itu dilaporkan oleh pengamal media @hamdiNewsMPB yang berada dilapangan membuat liputan.
Kredit -
Post a Comment