Tak perlukan gaji Perdana Menteri, cukup dengan gaji Menteri Kewangan – Anwar Ibrahim

Tak perlukan gaji Perdana Menteri, cukup dengan gaji Menteri Kewangan – Anwar Ibrahim

Tiada tolok bandingnya. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang tokoh pemimpin yang serba hebat dan memiliki strategi maha luar biasa dalam Malaysia.

Tak perlukan gaji Perdana Menteri, cukup dengan gaji Menteri Kewangan – Anwar Ibrahim



Sepanjang berkempen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Anwar adalah seorang tokoh pemimpin yang komited menolak gaji Perdana Menteri jika diberi peluang tersebut.

ARTIKEL MENARIK:Ayam dijual RM12 sekilo di Kuala Muda


Perkara itu dizahirkan tanpa selindung apabila pada 25 November lalu, setelah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berunding dengan kesemua ahli Parlimen yang menang kerusi dan Majlis Raja-Raja, setelah Kerajaan Perpaduan berjaya dibentuk, Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Tangga Gaji Perdana Menteri dan Menteri Kabinet

Menurut portal MYPT3, sumber terbuka menyatakan tangga gaji dan pendapatan Perdana Menteri adalah sekitar RM22 ribu sebulan dan Menteri Kabinet pula menerima sekitar RM18 ribu sahaja sebulan.

Jika dibuat penolakan, jurang perbezaannya adalah RM4 ribu sahaja sebulan dan jumlahnya terlalu sedikit maka tindakan Anwar adalah sesuatu yang sangat tepat, bersih serta penuh integriti.


Loading...


Bayangkan jika Anwar mengambil gaji Perdana Menteri dan turut mengumumkan dirinya memegang jawatan Menteri Kewangan, pastinya anggara pendapatan sekitar RM22 ribu + RM18 ribu = RM40 ribu satu pembaziran.

Hal ini demikian kerana orang awam yang pulang ke kampung dan sanggup keluar mengundi sekali pun gaji bersih mereka mungkin baru sekitar RM1,500 ke atas.

Lihat sahaja pada iklan-iklan yang mencari tenaga kerja bagi sektor F&B, gaji yang ditawarkan hanyalah sekitar RM1,200 hingga RM1,500 dan belum ada perubahan sehingga kini.

Jadi daripada Anwar mengambil gaji Perdana Menteri bernilai sekitar RM22 ribu itu, mungkin masih boleh disalurkan ke arah lain untuk membantu rakyat keluar daripada jurang kemiskinan.

Gaji Menteri Kewangan sudah cukup

Lagi pun, gaji Menteri Kewangan sudah cukup untuk membantu Anwar menerajui Kerajaan Perpaduan dan Anwar tidak boleh disamakan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Permainan dalam media sosial yang mengaitkan perkara itu adalah sesuatu yang berniat jahat, sengaja mencetuskan provokasi, menimbulkan kegusaran awam dan layak ditahan bagi tujuan siasatan!

Kredit -suaramerdeka



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post