Lantikan Zahid, menteri kalah PRU15 jejas kredibiliti Kabinet Anwar

Lantikan Zahid, menteri kalah PRU15 jejas kredibiliti Kabinet Anwar

BANGI, 8 Jamadilawal 1444H, Sabtu – Veteran politik, Tan Sri Rafidah Aziz mempertikaikan dua isu besar dalam pembentukan Kabinet kerajaan campuran yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Lantikan Zahid, menteri kalah PRU15 jejas kredibiliti Kabinet Anwar



Beliau menyifatkan pelantikan Timbalan Perdana Menteri membabitkan individu yang masih terpalit kes rasuah dan melantik mereka yang kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagai senator, adalah keputusan tidak tepat.

ARTIKEL MENARIK:Tak perlukan gaji Perdana Menteri, cukup dengan gaji Menteri Kewangan – Anwar Ibrahim


Rafidah menyelar pelantikan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri, walaupun masih berdepan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akalbudi.

“Walaupun seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga terbukti bersalah. Tetapi, jika individu tersebut akhirnya didapati bersalah, maka perlu mendapatkan TPM yang lain.

“Kenapa perlu ditekan untuk melantik sekarang sedangkan kita sudah ada seorang lagi TPM dalam Kabinet buat masa ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Rafidah turut mempersoalkan kredibiliti individu yang kalah pada PRU15 lalu, namun masih dilantik menjadi menteri melalui pelantikan Ahli Dewan Negara.

Katanya, individu yang kalah memberi gambaran jelas telah ditolak pengundi namun tetap dilantik menjadi menteri.



Loading...


“Di mana kredibiliti apabila kalah diletakkan semula dalam kepemimpinan? Ada yang lain mungkin lebih sesuai untuk dilantik.

“Cemar susu sebelanga kerana dua sudu nila. Dua perkara ini tidak seharusnya menjadi keperluan untuk dilantik dalam barisan kepemimpinan kerana diyakini menjejaskan barisan kepemimpinan seluruhnya,” katanya.

Terdahulu, seramai empat daripada 28 jemaah menteri telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara hari ini, iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.


Kredit -Portal Islam dan Melayu




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post