Selebriti Berenang Pakai Tvdung Dengan Bik1ni, Ramai Pers0al – “Aj4ran M4zhab Mana Ni?”

Selebriti Berenang Pakai Tvdung Dengan Bik1ni, Ramai Pers0al – “Aj4ran M4zhab Mana Ni?”

Menjadi kelaziman apabila tiba hujung tahun, ramai antara kita mengambil peluang untuk bercuti sama ada di dalam mahupun luar negara.

Selebriti Berenang Pakai Tvdung Dengan Bik1ni, Ramai Pers0al – “Aj4ran M4zhab Mana Ni?”



Samalah halnya dengan seorang selebriti media sosial yang ingin Cik Lesung kongsikan kisah di sebalik percutian mewahnya bersama rakan-rakan.

ARTIKEL MENARIK:Rezeki Alif Satar! Dapat Bersua Muka Dengan Mufti Menk & Imam Masjidil H4ram, Sekali Pakej Bergambar


Tidak diketahui di mana lokasi tepat, namun yang pasti menerusi foto-foto perkongsiannya, destinasi tersebut jelas kelihatan seperti di negara luar.

Pada Ahad baru-baru ini, terbeliak mata Cik Lesung sebaik membuka ‘peti surat’ Instagram, ternampak beberapa keping foto mencolok mata wanita berkenaan yang juga pengasas produk kecantikan.

Masakan tidak, si empunya diri yang baru berjinak-jinak berhijrah memakai tudung pada awal tahun ini tampil dengan pakaian pelik, sekali gus mengejutkan pengikutnya.

Dalam foto itu, dia dilihat sedang berenang dalam kolam renang yang berlatarbelakangkan sebuah hotel mewah terkemuka, dipercayai terletak di Phuket, Thailand.

Namun yang peliknya, sut renang yang dipakainya bukan saja mengundang rasa hairan, malah mewujudkan persoalan lebih serius menyentuh soal mazhab diikutinya.

“Pakai tudung tu dah betul, tapi ajaran mazhab mana yang dia ikut ni? Biar betul?

“Bertudung dan berbikini? Siap pakai jubah lace. Wah, konon dialah terpaling fesyen agaknya!” memetik reaksi netizen yang terkejut melihat pemakaian yang digayakannya.

Menjengah ruangan komen, ternyata ramai yang mengecam penampilan wanita berstatus janda itu.



Loading...


Namun ada juga segelintir warganet sudah menjangka ‘penghijrahan’ ditunjukkan selebriti berkenaan hanyalah sandiwara semata-mata.

Bahkan, perbuatan wanita yang pernah tiga kali gagal dalam perkahwinan itu turut dianggap telah mengh1na agama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page 

Sumber: BoomMalaysia


Kredit -VIRALKAMIPRESS



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post