BEIJING – China kembali ‘menderita’ apabila melalui gelombang kejam Covid-19 akibat tindakan negara itu melonggarkan undang-undang perintah berkurung yang ketat, lapor MailOnline semalam.
Kelongaran tersebut dibuat selepas tercetus demonstrasi besar-besaran terhadap pemerintahan Presidennya, Xi Jinping.
ARTIKEL MENARIK:Piala Dunia: Argentina ranap harapan Croatia ke final
Akibatnya ketika ini hospital-hospital dibanjiri ramai pesakit, klinik-klinik mempunyai barisan panjang orang ramai dan pertambahan bilangan doktor serta jururawat yang turut jatuh sakit, menurut catatan di rangkaian media sosial di negara itu.
Secara rasmi, jumlah kes Covid-19 sudah menurun, tetapi hanya selepas Suruhanjaya Kesihatan China menyatakan bahahwa ia tidak lagi melaporkan jangkitan baharu asimptomatik Covid-19.
Sebelum ini, ia menyebabkan kenaikan tinggi kes harian virus korona itu, manakala Ujian Tindak balas berantai polimeras (PCR) juga sudah dikurangkan.
Pakar-pakar juga memberi amaran bahawa China akan dihantui oleh gelombang jangkitan Covid-19 kerana melonggarkan sekatan perintah berkurung.
Ini bermakna tiada imuniti semula jadi telah dibina, manakala vaksin dari negara tersebut dipercayai kurang berkesan berbanding dengan Barat.
Penganalisis yang bercakap dengan MailOnline berkata, risiko sistem kesihatan China yang terbeban adalah besar apabila kematian akan mula meningkat kerana orang ramai tidak dapat mengakses penjagaan kesihatan.
“Hospital kami penuh dengan pesakit. Terdapat 700 (hingga) 800 orang yang demam datang setiap hari. Kami kehabisan stok ubat untuk demam dan selesema, kini menunggu penghantaran daripada pembekal kami,” kata seorang doktor yang dikenali sebagai Li di sebuah hospital di Sichuan.
Seorang penumpang memakai pakaian pelindung diri di sebuah stesen kereta api Wuhan baru-baru ini. – AFP
Seorang jururawat di hospital lain di Chengdu berkata: “Saya dibanjiri dengan hampir 200 pesakit dengan simptom Covid-19 pada malam tadi (malam kelmarin).”
Media kerajaan Xinhua melaporkan pada Selasa bahawa di ibu kota Beijing terdapat 50 pesakit berada dalam keadaan serius atau kritikal di hospital setelah dijangkiti dengan virus korona itu.
Beberapa hospital di Beijing mempunyai sehingga 80 peratus kakitangan yang dijangkiti Covid-19, tetapi kebanyakan mereka masih perlu bekerja kerana kekurangan pekerja, kata seorang doktor di sebuah hospital awam di Beijing kepada Reuters.
Dalam pada itu, di Hospital Chaoyang, kira-kira sedozen orang menunggu dalam barisan khemah biru di tengah-tengah suhu di bawah sifar dengan seorang yang berada di dalam barisan mengeluarkan sebotol pembasmi kuman dan menyemburnya di sekelilingnya.
Walaupun peraturan tentang Covid-19 dilonggarkan, kebanyakan restoran ditutup atau kosong di ibu negara dengan banyak perniagaan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerja yang bebas daripada virus korona.
Sanlitun iaitu salah satu daerah beli-belah paling popular di Beijing kelihatan lengang walaupun pagar antiCovid-19 dirobohkan sejak beberapa hari kebelakangan ini. – Agensi
Kredit -Kosmo Digital.
Post a Comment