Pegawai polis didenda halang laluan ambulans

Pegawai polis didenda halang laluan ambulans

BANGKOK – Netizen di Thailand meluahkan rasa berang selepas satu rakaman video di media sosial menunjukkan sebuah trak pikap menghalang laluan sebuah ambulans yang membawa seorang pesakit ke sebuah hospital di wilayah Nakhon Ratshasima, lapor portal berita Thaiger semalam.

Pegawai polis didenda halang laluan ambulans



Siasatan mendapati pemandu trak pikap itu sebenarnya ialah seorang pegawai polis berpangkat Kapten di Balai Polis Dan Khun Thot menyebabkan dia didenda sebanyak 500 baht (RM62.85) kerana melanggar Akta Trafik Jalan Raya (1979).

ARTIKEL MENARIK:Tangguhkan dulu hasrat bercuti di Hatyai


Pemandu ambulans itu, Worawut Naebchid iaitu seorang anggota sukarelawan dari Yayasan Sawangwitcha Dhammasathan menceritakan situasi yang sebenarnya tentang kejadian tersebut.

Pada pagi Ahad, katanya, dia dimaklumkan oleh pusat penyelamat bahawa terdapat seorang wanita berusia 73 tahun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di Kampung Ban Khok Sanga. 

Pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian tetapi anggota-anggotanya tidak berjaya untuk menyedarkan pesakit itu dan dia perlu dihantar ke hospital dengan segera.

Semasa dalam perjalanan, berhampiran Pasar Segar Mittraphap, ambulans yang dipandunya dihalang oleh trak pikap Ford walaupun dia menghidupkan siren dan lampu kecemasan.



Loading...


Trak pikap itu berhenti di lampu merah dan ia turut menyebabkan ambulans tersebut tidak dapat meneruskan perjalanannya.

Walaupun sudah membuat pengumuman meminta pemandu Ford itu memberikan laluan kepada kenderaan itu kerana terdapat pesakit dalam keadaan kritikal di dalamnya, trak pikap berkenaan masih lagi tidak berganjak daripada kedudukannya. – Agensi 


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post