Dek krn nak jual ps2 adik, aku gaduh teruk dgn abg. Aku sumpah dia mti dilanggar lori. Pg tu, kami trduduk. Abg pergi x kembali

Dek krn nak jual ps2 adik, aku gaduh teruk dgn abg. Aku sumpah dia mti dilanggar lori. Pg tu, kami trduduk. Abg pergi x kembali

Foto sekadar hiasan Abang… Assalamualaikum dan salam sejahtera Hi semua. Dah lama rasanya aku simpan benda ni. Aku nak luahkan, tapi tak tahu kenapa rasa tak selesa.

Dek krn nak jual ps2 adik, aku gaduh teruk dgn abg. Aku sumpah dia mti dilanggar lori. Pg tu, kami trduduk. Abg pergi x kembali



Jadi aku luahkan dekat sini, sebab takda orang yang kenal aku. Mungkin. Jadi aku nak luahkan pasal abang aku. Aku nama kan dia Faris. Jarak umur dia dengan aku 3 tahun. Dia yang sulung, aku nombor dua dan ada adik bongsu lelaki.

ARTIKEL MENARIK:Dah lama mak mentua mnyindir aku. Aku diam je. Hari tu aku tak tahan aku maki “Dasar mak mertua mulut ibliis”. Terus terdiam dia.


Aku sorang je perempuan. Abang dan adik aku panggil aku kakak. Kadang kawan abang aku, keliru sama ada aku ni kakak atau adik dia. Hahahaha

2016, aku berkahwin dan sekarang alhamdulillah dah ada 2 orang puteri comel.

Hubungan aku dengan abang biasa biasa sahaja. Tak rapat sangat, tak renggang sangat.

Kebanyakan masa dia tiada dirumah. Sebab dia meniaga online dan banyak buat COD. Jadi masa dia banyak di luar.

Kami sekeluarga okay sahaja sebab dah faham dia memang macamtu dari dulu.

Oh ya lupa bagitahu, walaupun dah kahwin aku tak keluar dari rumah parents aku hehe. Kami semua tiada masalah.

Aku tak ingat tahun bila, aku dan abang bergaduh. Hanya sebab aku bagitahu pasal abah aku, yang abang nak jual ps2 kepunyaan adik.

Masatu aku mengandung anak pertama. Memang teruk kami bergaduh, sampai mak menangis nak hentikan kami.

Mungkin abang fikir masatu aku mengandung dan fikirkan mak, dia terus keluar rumah.

Sejak daripada tu, kami tak bertegur. Hampir setengah tahun. Masa ni suami aku bekerja dan tiada dirumah.

Dan yang paling aku tak boleh maafkan diri aku, aku cakap ‘kau mamp*s kena langgar lori lagi elok lah’ astaghfirullah.

Berdosanya aku. Jahatnya aku.

Tak lama lepastu, mak bagitahu aku yang abang nak ke luar negeri untuk bekerja.

Aku seakan tak peduli, cuma dengar macamtu saja. Tak ambil kisah. Ego kan? Haha, ya aku mengaku.

Fast forward, aku rasa rindu sangat abang aku. Jadi aku whatsapp dia ‘rindu’ tu sahaja.

Aku ingat abang masih marah, tapi dia balas whatsapp aku ‘rindu jugak’ aku menangis lepas baca abang balas.

Kemudian dia dah tak bekerja di luar negeri, dia balik kerumah.

Masatu aku buat food delivery, jual kek batik. Dia cakap dia nak kek batik nanti bila dia dah sampai rumah.



Loading...


Aku cakap nanti aku akan buatkan. Tapi sebab sibuk dengan anak, aku tak buatkan lagi.

Satu hari kami terima panggilan yang pakcik kami nazak di hospital. Jadi kami balik ke kampung di utara.

Abang naik motor sebab kereta tak muat. Kami gerak dulu ke kampung. Dia kemudian.

Petang tu kami dapat tahu abang accident di kawasan rumah aku. Kepala dan tangan berbalut.

Doctor bagi injction untuk abang rehat. Motor teruk sikit. Tapi abang kata takda masalah.

Pukul 1 pagi, aku lihat status facebook nya dia sudah berada di R&R Rawang, untuk pulang juga ke kampung. Walaupun kami menghalang.

Aruwah nenek ku juga kata ‘luka dia akan sangat sakit bila terkena angin’ tambah pula dia naik motor.

Kami menunggu dia sampai di kampung tapi tak sampai sampai.

Mak ingatkan dia tidur dirumah kawannya, tapi mak rasa tak sedap hati. Mak tak boleh tidur.

Lepas solat subuh, abah dapat panggilan dari balai polis, mengatakan abang accident di highway, dilanggar lari.

Masatu, memang terduduk semua orang. Tak sangka? Ya. Memang tak sangka.

Kami bergegas ke hospital. Hasil postmorterm, abang dilanggar lori kerana ada kesan tayar besar di atas badannya. Kepala nya separuh hancur.

Masatu aku yang paling terkesan, sebab aku imbas kembali kata kata aku masa aku bergaduh dengannya.

Sampai sekarang, aku tak mampu nak maafkan diri aku. Aku rasa bersalah, menyesal. Tapi dah terlambat.

Abang, kalau lah aku fikir dengan baik, aku mesti tak cakap benda macamtu. Maafkan aku abang.

Aku sayang kau, dunia akhirat. Al-fatihah.

Reaksi Warganet

Nil –
Bukan salah awak. Jangan letak kesalahan ni atas bahu awak.

Awak sebut ke tak, dah memang tertulis begitu ajal dia. Betul, kita kena jaga juga kata kata.

Semoga awak dikurniakan hati yang tenang lepas ni.

Masta Boneka –
Teringat satu kisah mak dia ni marah anak dia sebab jatuhkan pasu.

Mak dia cakap satu hari aku harap kau mti berkecai macam ni (lebih kurang macam tula, tak ingat ayat penuh dia).

Fast forward, anak dia dah besar, dah kerja.

Satu hari mak dia dapat call katanya anak dia meninggal, bebanan kren jatuh timpa anak dia sampai habis pecah organ, berkecai satu badan.

Jadi hati hatilah dalam berbicara, betul takdir maut itu aturan Allah, tapi tak salah berkata baik, sebab yang baik baik akan berbalik kepada kita.

CaHya Qaseh –
Sebak baca cite ni. Betui.. Setiap kata kata tu satu doa..

Tringat aruwah adik. Masa tu dia cuma demam dan kaki kena gout. Adik ni jenis payah nak berubat…

Kami adik bradik ade la bercakap pasal aruwah adik ni. Ade la abang kami tu tercakap dalam wasup group,

“Sakit.. Mti bawak ke kubur jela…” Tak lama mna, rasa dalam sminggu atau 2 minggu lepas abang cakap macamtu..Betul betul adik pergi dengan tiba tiba.

Sehari sebelum tu dia mengadu dekat kakak yang dia dah sihat, kaki dah tak bgkak..

Dah 2 tahun berlalu.. Rindu adik.. Alfatihah.. Ezal effendi bin mokhtar.

Cik Lala –
Aruwah adik dulu meninggal kencing tikus.

Sebelum tu dia demam on off, banyak kali pergi klinik hospital tapi blood test tak kesan virus tu..

Ingatkan demam biasa. Hujung hujung hari dia demam lagi, suhu 40.

Masa tu dia masih boleh whatapps dekat group family cakap suhu dia panas. Nak pergi hospital jap lagi.

Dia tanya saya, kalo suhu 40 nanti mti ke? Sebab adik jenis suka bergurau. Saya layankan aje.

Rupanya tu gurauan last dia dekat kami. Dia masuk ward terus kesan virus kena intubate.

Tak sempat jumpa depan depan sebab dia ditidurkan sampai la Allah jemput dia.

Sumber – Farah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Kredit -Edisi Media !




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post