KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Umno Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa hari ini memberitahu beliau telah menjawab surat perlucutan keahlian Umno dari Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Menurutnya, surat jawapan yang mengandungi beberapa perkara itu melibatkan isu sensitif yang ditulis khusus kepada presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
ARTIKEL MENARIK:Mahkamah: Anwar saman Sanusi berhubung ceramah didakwa fitnah di Tambun
“Saya telah menjawab surat daripada setiausaha agung Umno, ada 5 muka surat dan 12 perenggan yang didalamnya beberapa perkara sensetif. Saya tidak berhasrat untuk memberitahu apa yang saya tulis kepada Presiden Umno.
“Surat itu untuk mendapatkan penjelasan beberapa perkara yang jika tidak dijelaskan dikhuatiri berterusan akan dianggap sebagai fitnah. Ini amat besar dan sensitif dalam perjalanan Umno. Biarlah hanya diantara saya dan presiden,” katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan Muafakat Nasional pada Khamis.
Namun, melalui perenggan ketujuh surat Itu, beliau memetik sedikit isi kandungan yang antara lainnya beliau menyatakan kiasan mengenai kesetiaan dan kecintaan terhadap Umno.
“Melalui surat tersebut, di perenggan ketujuh saya sebut bahawa, kita masing masing ada kecintaan kepada parti.
Jika ada neraca yang boleh menyukat kecintaan ini, nescaya kita boleh lihat cinta siapa yang lebih berat timbangannya. Jika ada cupak yang boleh menyukat banyaknya kasih saya kepada Umno, berbanding kasihnya yang amat berhormat Datuk Seri (Zahid), pasti kita akan tahu kasih dan Setia siapa yang lebih banyak kepada umno.
“Malangnya Datuk Seri (Zahid) lah neraca dan cupaknya. Jadi Datuk Seri telah menafikan kasih dan kesetiaan orang lain kepada Umno,” katanya.-SUARATV
Kredit -https://suara.tv
Post a Comment