Hujan lebat di Terengganu, Kelantan sehingga Khamis

Hujan lebat di Terengganu, Kelantan sehingga Khamis

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat bahaya dan waspada di tiga negeri Pantai Timur sehingga Khamis, 22 Disember ini.

Hujan lebat di Terengganu, Kelantan sehingga Khamis



MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, negeri Terengganu berada di Seksyen A iaitu diramalkan menerima hujan yang sangat lebat bagi kategori amaran hujan berterusan (peringkat bahaya) .

ARTIKEL MENARIK:Terkejut dengar bunyi dentuman tanah mendap bawah kereta


“Hujan lebat berterusan (peringkat buruk) juga dijangka berlaku di negeri Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai manakala di Pahang meliputi Kuantan, Pekan dan Rompin, dalam tempoh sama.

Sementara itu bagi Seksyen C iaitu amaran hujan berterusan peringkat waspada katanya, hujan berterusan dijangka turut berlaku di beberapa kawasan di Kelantan iaitu Gua Musang, Pahang (Jerantut dan Maran), Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).



Loading...


“Cuaca sama juga diramal melanda negeri Sarawak iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah dalam tempoh Jumaat, 23 Disember sehingga Sabtu, 24 Disember ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post