Bantuan RM150 Kepada Semua Murid Tanpa Kira Had Gaji Ibu Bapa

Bantuan RM150 Kepada Semua Murid Tanpa Kira Had Gaji Ibu Bapa

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 ringgit kepada semua murid.

Bantuan RM150 Kepada Semua Murid Tanpa Kira Had Gaji Ibu Bapa



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu disalurkan tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa pada bulan Januari 2023.

ARTIKEL MENARIK:Hujan lebat di Terengganu, Kelantan sehingga Khamis


“Dengan isu generasi tercicir ekoran kemelut pandemik yang baru berlalu, adalah penting untuk mempersiapkan anak-anak dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya.

“Selain keperluan perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan dan pembelian buku teks, Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak 150 ringgit kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa pada bulan Januari 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan usul anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.



Loading...


Selain itu, Perdana Menteri turut memaklumkan kerajaan akan menyediakan tawaran 50 ribu peluang kerjaya secara kontrak termasuk 35 ribu oleh syarikat GLC melalui program MySTEP untuk tahun 2023.

“Para belia juga memerlukan kelangsungan peluang pekerjaan untuk meraih rezeki. Dengan didorong pelaksanaan program yang mengiktiraf gaji antara 1,500 ringgit hingga 2,100 ringgit, Kerajaan akan menyediakan tawaran 50 ribu peluang kerjaya secara kontrak termasuk 35 ribu oleh syarikat GLC melalui program MySTEP untuk tahun 2023,” katanya.

UtusanOnline-


Kredit -MYNEWSHUB.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post