Netizen Komen Tak Cantik Lepas Bed4h Hidung, Tak Sangka Lana Nodin Bidas Balik

Netizen Komen Tak Cantik Lepas Bed4h Hidung, Tak Sangka Lana Nodin Bidas Balik

Seperti yang orang ramai tahu, pelakon Lana Nodin baru-baru ni menjalani pembedahan plastik mencantikkan bahagian hidungnya.

Netizen Komen Tak Cantik Lepas Bed4h Hidung, Tak Sangka Lana Nodin Bidas Balik



Pelakon itu mendedahkan pembedahan dilakukan di Korea Selatan yang memakan belanja sebanyak RM166,000.

ARTIKEL MENARIK:[VIDEO] Dikatakan Sudah Berubah Sikap Sejak Popular, Sekali Ini Respon Padu Ryan Bakery


Difahamkan, ini merupakan pembedahan kali keempat selepas dia mengalami kemalangan motosikal ketika berusia 19 tahun.

Kalau sebelum ni guna silikon, kali ni Lana guna tulang rusuk menggantikan silikon yang mana bersifat kekal.

Tapi, ada netizen meninggalkan kritikan mengatakan hasil pembedahan tidak cantik. Ada juga yang membandingkan wajah Lana yang dulu dengan yang sekarang.

“Aku Cantik Bukan Untuk Ko Pun..”

Tidak berdiam diri, Lana kemudian dilihat membalas komen netizen itu dengan menjelaskan bahawa dirinya yang mencantikkan wajah demi suaminya, David McKienzie.

“Okay la dari ko malu tunjuk muka sendiri, aku cantik bukan untuk ko pun, untuk laki aku.”-Balas Lana

“Saya Bukan Ubah Ciptaan Allah, Cuma Merawat…”- Lana Nodin Dah Rujuk Pakar Agama & Minta Izin Suami Bed4h Hidung

Pelakon berkontroversi, Lana Nodin enggan melayan prov0kasi berhubung tindakannya melakukan pembedahan pada bahagian hidung di sebuah pusat perubatan terkemuka di Seoul, Korea Selatan, baru-baru ini.



Loading...


Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nodin berkata, dia tidak terkesan dengan kecaman netizen yang menyelar perbuatannya kerana sudah mendapat keizinan suami.

“Kenapa saya nak takut kecaman netizen. Saya bukannya mengubah ciptaan Allah, sebaliknya saya merawat hidung akibat kesan kemalangan yang dialami ketika berusia 17 tahun.

“Saya bukannya artis hipokrit. Saya tahu ada ramai artis membuat pembedahan wajah, tetapi cuba berahsia.

“Apabila saya mendedahkan perkara ini dalam laman Instagram (IG), saya menerima banyak mesej peribadi termasuk selebriti yang berminat mengetahui kos dan lokasi pembedahan dilakukan.

“Keputusan membuat pembedahan hidung di Korea Selatan didorong suami yang tidak suka melihat saya dikecam berikutan kecacatan dialami pada bahagian hidung,” katanya kepada BH Online.

Lana berkata, dia terlebih dahulu merujuk kepada pakar agama berhubung isu pembedahan hidung itu.

“Mereka nyatakan apa yang dilakukan tidak salah kerana saya mahu mendapatkan rawatan, bukannya mengubah ciptaan Tuhan,” katanya.

Mengulas kos pembedahan jenis ‘rhinoplasty’ yang menelan belanja sebanyak RM186,000 itu, pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa itu berkata, ia disebabkan perkhidmatan terbaik ditawarkan hospital berkenaan.

“Sejujurnya, saya takut dengan jarum. Masa suami cadangkan saya buat pembedahan, timbul perasaan berbelah-bahagi.

“Namun, suami meyakinkan saya bahawa pusat perubatan dicadangkan itu adalah yang terbaik, jadi saya mengikut sahaja. Pembedahan berjalan lancar dan mengambil masa selama lapan jam.

“Sebaik sedar, hidung sudah berbalut. Saya sangkakan kesan kesakitan akan berlarutan, tetapi rupanya tidak.

“Memang tiada sebarang komplikasi berlaku, wajah pun tidak bengkak. Sesuailah dengan nilai kos dikeluarkan.

“Saya akan berada di Seoul dalam tempoh dua minggu lagi. Suami mahu saya berehat,” ujar ibu kepada sepasang cahaya mata ini.

Terdahulu, isteri kepada David Mckenzie memaklumkan pembed4han kali keempat dilakukannya menggunakan tulang rusuk berbanding silikon atau plastik kerana sering terkena j4ngkitan.

Sekadar info, Lana Nodin telah mendirikan rumah tangga bersama David Mckienzie pada Mei 2015. Pasangan ini turut dikurniakan dua orang cahaya mata, Gia Quinn dan William Daud.

Kredit: Instagram Lana Nodin

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber :  http://limauasamboi.pw/

Kredit -Slamber Media



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post