Bayi dihempap pokok ru meninggal dunia

Bayi dihempap pokok ru meninggal dunia

MELAKA – Bayi lelaki berusia setahun lima bulan yang dihempap pokok ru ketika didukung ibunya di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini dilaporkan meninggal dunia lewat pagi tadi.

Bayi dihempap pokok ru meninggal dunia



Berita mendukacitakan itu dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi melalui hantaran yang dibuat di laman sosial Facebook miliknya awal pagi tadi.

ARTIKEL MENARIK:Wajah Ustaz Kazim Kembali Sihat, Dakwa Rawat Guna Air Telaga Nabi


“Jam 1.30 pagi Kak Ina mendapat panggilan daripada Pihak Hospital Melaka bahawa adik Muhammad Zafran Ilman Bin Mohd Syazwan, mangsa dihempap pokok telah kembali kepada Sang Penciptanya.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan diharapkan ibu dan ayah serta keluarga tabah dengan dugaan ini,” tulisnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang bayi lelaki berusia setahun lima bulan dikejarkan ke hospital selepas dia dan ibunya dihempap sebatang pokok ru ketika berkelah di Pantai Puteri, Tanjung Kling, petang semalam.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, bayi tersebut sedang didukung oleh ibunya sebelum tiba-tiba sebatang pokok menghempap mereka dan menyebabkan mangsa tersembam ke pasir.



Loading...


Akibat kejadian itu bayi berkenaan mengalami sesak nafas dan dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans, manakala ibunya cedera di belakang.

Tuminah yang turut ke lokasi selepas dimaklumkan mengenai insiden itu memberitahu, kawasan tersebut mungkin akan ditutup buat sementara waktu bagi aktiviti perkhemahan atau perkelahan.

Pihaknya juga telah menghubungi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu bagi tindakan menebang pokok yang telah berusia lebih 20 tahun yang berisiko tumbang.-KOSMO!


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post