Tun M saran larang bawa telefon bimbit waktu mengundi

Tun M saran larang bawa telefon bimbit waktu mengundi

BANGI, 23 Rabiulawal 1444H, Khamis – Tun Dr Mahathir Mohamad menegur Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) supaya memperbaiki kelemahan yang ada sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Tun M saran larang bawa telefon bimbit waktu mengundi



Ini termasuklah tindakan membawa telefon bimbit ketika proses pengundian yang didakwanya boleh menidakkan rahsia pengundi.

ARTIKEL MENARIK:Remaja maut tertusuk pisau dibaling kakaknya yang berang dipersenda


Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) itu berkata, sekiranya kelemahan pilihan raya gagal diperbetulkan, maka tidak mustahil rasuah dan penipuan boleh berlaku.

“Tidak bolehkah Suruhanjaya Pilihan Raya tegah membawa telefon bimbit semasa mengundi?

“Parti boleh guna maklumat untuk sogokan. Pengundi boleh tunjuk melalui telefon bahawa dia sudah undi parti tertentu dan parti pun hulur wang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, SPR menetapkan tarikh pengundian bagi PRU15 serentak dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya di Semporna pada Sabtu, 19 November 2022.


Loading...


Sementara tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 November dengan tempoh berkempen selama 14 hari, selain 15 November sebagai tarikh pengundian awal.

Pelaksanaan pilihan raya itu akan melibatkan peringkat Parlimen di seluruh negara dan negeri yang telah membubarkan DUN iaitu Perak, Pahang dan Perlis.

Kredit -Portal Islam dan Melayu




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post