Remaja maut tertusuk pisau dibaling kakaknya yang berang dipersenda

Remaja maut tertusuk pisau dibaling kakaknya yang berang dipersenda

Gara-gara berebut tempat duduk dalam kereta selepas pulang dari sekolah sehingga berlakunya pergaduhan, seorang remaja lelaki maut selepas tertusuk pisau yang dibaling kakaknya.

Remaja maut tertusuk pisau dibaling kakaknya yang berang dipersenda



Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 2 petang di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, semalam.

ARTIKEL MENARIK:Belajar seminggu di China, wanita buka klinik gigi haram


Polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.15 petang sebelum sepasukan anggota polis dikerahkan ke lokasi. 


Siasatan mendapati, berlaku pergaduhan di antara mangsa dengan kakaknya berusia 18 tahun berpunca dari perebutan tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah. 


Kakak mangsa mengaku membaling pisau ke arah adiknya selepas dipersenda ketika masuk ke dalam rumah. 



Loading...


Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibedah siasat. 


Suspek telah ditahan dan akan direman sebaik saja polis mendapat perintah reman dari mahkamah. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro


Kredit -The Reporter




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post